SKRIP DRAMA PENTAS ADI DAN FIZI: KEMBARA DUA DIMENSI




SINOPSIS

A
di dan fizi, dua rakan sekelas yang tidak pernah sehaluan, apasaja yang lahir dari buah fikiran adi, sentiasa dibangkang fizi, begitu juga sebaliknya, pada suatu hari mereka mengikuti rombongan pengakap masuk ke hutan, dan semasa di tapak perkemahan itu, mereka berdua telah tersesat dan memasuki satu alam yang lain dari dunia mereka, masing-masing cuba menunjukan kehebatan mereka mencari jalan pulang namun segala usaha itu menemukan jalan buntu, sehinggalah mereka bertemu Merah dan Putih, Pandir, Badang serta Belalang. pelbagai dugaan mereka terpaksa tempuhi namun, berjayakah mereka bekerjasama untuk mencari jalan keluar? dapatkah mereka bersatu tenaga menempuh semua dugaan yang bakal mereka temui?


Watak-watak:

ADI
FIZI
CIKGU DIN
AJIS
MERAH
PUTIH
PANDIR
BADANG
BELALANG
RAKAN-RAKAN

­LATAR PENCERITAAN

1)      Di dalam sebuah kelas yang sedang mengadakan perjumpaan persatuan.
2)      Perkarangan Sekolah.
3)      Pinggir Hutan.

Babak Satu: Di dalam kelas.

1.       Adi: Hai kawan-kawan!! nampaknya pihak sekolah akan adakan camping untuk persatuan pengakap nanti? haa boleh la kamu semua pilih saya sebagai ketua untuk kem itu nanti ya??

rakan-rakan persatuan tersenyum tiba-tiba Fizi berdiri.

2.       Fizi: ewah-ewah, sedap je nak lantik diri sendiri. tak tahu malu.

3.       Adi: habis tu nak lantik awak? hah.. boleh ke awak jadi ketua kepada kami semua nanti haa???

4.       Fizi: saya ni takde la hebat sangat. tapi kalau nak minta jadi ketua saya boleh je. lagipun sayakan anak sulung dalam keluarga. bukan macam awak tu, anak tunggal nak bimbing adik pun tiada, inikan pula nak bimbing banyak kepala.. sudah-sudahlah bermimpi tu... hahahhah

yang lain turut ketawa manakala Adi dan Fizi mula bercakaran sesama sendiri. sehingga guru persatuan mereka masuk ke kelas.

5.       Cikgu Din: Adi!!! Fizi!! apa yang kamu buat ni?? sudahh!!

mereka tergamam dan saling menyalahkan sesama sendiri.

6.       Cikgu Din: Sudah! pergi duduk tempat masing-masing. cikgu nak buat pengumuman.

mereka masih lagi bermasam muka sambil berlalu duduk di tempat masing masing.

7.       Cikgu DIn: Baiklah untuk pengetahuan anak-anak sekalian, pihak pengurusan sekolah telah pun berbesar hati untuk menganjurkan kem motivasi yang akan diadakan di kawasan perkelahan Ulu Kenas. dengan ini cikgu tak nak membuang masa membuat cabutan undi memiilih ketua. cikgu sendiri dengan berbesar hati melanti Ajis sebagai ketua kamu semua.

8.       Ajis: Terima kasih cikgu, amanah cikgu akan saya jalankan dengan baik dan jayanya.

9.       Adi dan Fizi: Ajis???

10.   Cikgu Din: baiklah di tangan cikgu ada surat kebenaran yang perlu ditandatangani oleh ibu bapa kamu. ingat! surat ini perlu dihantar selewat-lewatnya hari jumaat ni. kerana kita akan mulakan perjalanan kita pada hari jumaat minggu hadapan.

11.   Murid-murid: baik cikgu.

Babak Dua: Di perkarangan sekolah ketika para pelajar berkumpul untuk bergerak ke kem motivasi.

12.   Ajis: Haishh kenapa masih kurang sorang ni? siapa lagi yang tiada ya?

13.   Fizi: Alaaa ajis macam la awak tak tahu, Adi si anak manja tu kan memang sentiasa lembab, maklumlah tak pernah berjauhan dari keluarga.

14.   Ajis: Sudah-sudah jangan kecohkan keadaan nanti cikgu Din dengar naya kita.

15.   Cikgu Din: Haa ada apa masalah ke?

16.   Ajis: takde apa-apa cikgu cuma kita masih lagi menunggu si Adi. yang lain semua dah ada

17.   Cikgu Din: haa tu pun Adi.

18.   Fizi: Haish lembab. punca je kita semua lambat bergerak

19.   Adi: diam lah kau! sebok je! Maafkan saya cikgu sebab lambat tadi tertinggal barang..

20.   Fizi: (Menunjuk kearah bagasi Adi) niii nak pergi camping ke nak pergi Canada?? hahaha

21.   murid lain turut ketawa.

22.   Adi: Dah ini je beg yang ada untuk dibawa. awak suka sangat menyibuk hal saya kenapa?

23.   Cikgu Din: Heii sudah-sudah.. Fizi pergi naik bas. Adi pergi letak beg. kita dah nak bertolak ni.
  
Babak Tiga: Di Lokasi tapak perkemahan

24.   Cikgu Din: Haa kita dah pun sampai ke lokasi. baik lah anak-anak disini cikgu nak ingatkan. yang pertama, patuh arahan Ajis, kerana setiap arahanya datang dari cikgu, kedua jangan buang sampah merata-rata, ketiga jaga tingkah laku dan yang terakhir keempat. bergerak dalam kumpulan.

Murid-Murid mula memunggah barang untuk menyiapkan tempat perkemahan.

25.   Adi: Cikgu saya nak pergi buang air..

26.   Cikgu Din: Baiklah pergi berteman, Fizi temankan Adi.

27.   Fizi: haaa kenapa saya cikgu kan ramai lagi yang boleh teman anak manja tu???

28.   Cikgu DIn: Ini satu arahan. pergi.

29.   Adi:  Cepatlah saya dah tak tahan ni..

30.   Fizi: Yelah cepatlah jalan… nanti bocor kat sini jadi satu hal pula…

Adi dan Fizi Bergerak hingga ke hujung pentas. tiba-tiba suasana berubah apabila semua terdengan suara mereka menjerit.

Babak Empat: Fizi dan Adi tiba satu tempat yang mereka sendiri tidak ketahui

31.   Adi: aduhh sakitnyaa.. Eh kita kat mana ni??

32.   Fizi: eh yang awak tanya sayani kenapa? awak ingat saya tahu ke kita kat mana? entah entah kita sesat!!

Kedua-dua mereka menjadi cemas kerana mereka tak tahu arah mana yang mereka perlu ikut. Mereka menjerit-meminta tolong namun tiada siapa yang mendengar jeritan mereka.

33.   Adi: Yang saya ingat tadi kita terpijak timbunan daun dan kita sama-sama tergelincir sampai kesini.

34.   Fizi: Awaklah ni. kalau awak tak gatal-gatal nak pergi buang air kita tak akan sampai kesini.

mereka saling menyalahkan antara satu sama lain.

35.   Fizi: ahh sudahlah. kalau kita asyik bertekak sampai bila pun tak jumpa jalan balik, sekarang kita gunakan kompas. (Fizi mengeluarkan kompas mencari arah) tapi... kita nak ikut arah mana?

36.   Adi: Hemmmm apalah awak ni kompas je mahal tapi tak reti guna. memalukan! sudahlah kita ikut arah anak sungai. mana tahu kita akan jumpa muara yang boleh bawa kita keluar dari sini.

mereka mula mengikut arah anak sungai sehingga mereka terjumpa sebuah rumah usang dan mereka melihat kekecohan sedang berlaku di perkarangan rumah tersebut mereka segera bersembunyi.

37.   Merah: Hei Putih! kau kemana ha? dari pagi sampai tengah hari kau hilang?

38.   Putih: Maafkan Putih kakak.. Putih pergi kerumah tok penghulu kerana hendak mengambil daun sireh untuk mak kundur.

Merah kurang berpuas hati lalu menuduh Putih menjalinkan hubungan sulit dengan anak penghulu walaupun Putih menafikanya namun Merah masih geram dan lantas mengambil parang lalu hendak ditetaknya si Putih tiba-tiba Fizi bersuara.

39.   Fizi: heii kenapa kamu hendak menetak adik kamu, kan dia cakap dia pergi ambil daun sireh tadi??

40.   Merah: Hah! siapa pulak kamu ni? datang tak dijemput. pandai-pandai nak mencelah hal kami adik beradik.

41.   Fizi: saya ni datang dari tempat yang tak diketahui tapi saya nampak apa yang jadi tadi, bukankan adik kamu dah cakap dia pergi ambil daun sireh je. kamu ni jangan la tuduh yang bukan-bukan.

42.   Merah: Ewah-ewah kamu pula nak mengajar aku. heii dia adik ku aku tahu lah dia buat apa dan kemana. memang la daun sireh rumah tok penghulu merupakan daun yang terbaik dan sedap tak tak mustahil dia akan jalinkan hubungan sulit dengan anak tok penghulu kerana anaknya kacak dan putih ni cantik jelita.

43.   Fizi: Nahhh kamu sendiri dah beri jawapan atas kecurigaan kamu. haha kamu iri hati sebenarnya Putih lagi cantik dari kamu dan menjadi kegilaan orang kampung dan kamu sebenarnya yang tergila-gilakan anak tok penghulukan?? cuba kamu lihat tangan putih.. kan ada daun sirehnya tu cantik molek semua jelaslah dia dari rumah tok penghulu.

44.   Merah: Kamu yakin dia tak jalinkan hubungan sulit?

45.   Fizi: Tidak pula saya kata saya pandai tapi kamu nilai la sendiri. tapi dari pandangan saya tak nampak pula kesan-kesan yang mencurigakan.

46.   Merah: Terus??

47.   Adi: Haa bersangka baik itukan dituntut dalam islam. dan fitnah itukan satu dosa yang lebih besar dari membunuh?

Merah terdiam dan terus memeriksa sekeliling badan Putih.

48.   Merah: Baiklah kakak minta maaf dik sebab kakak keterlaluan dalam menuduh kamu. maafkan kakak ye dik.

49.   Fizi: Haa elok lah macam tu saya ni pun anak sulung dalam keluarga jadi setiap kali adik-adik saya buat salah saya akan bertanya terlebih dahulu dan siasat. tidaklah pula saya tuduh melulu. nanti buruk padahnya.

50.   Merah: hemm baiklah kakak janji lain kali kakak akan lebih berhati hati dalam membuat keputusan.

Adi terdiam saat melihat perkara itu dan perasaan marahnya terhadap Fizi mula berkurangan.

51.   Merah: Kamu berdua ni siapa sebenarnya dan dari mana.

52.   Adi: Begini kak. sebenarnya kami tersesat, kami ada kem motivasi disini, jadi saya nak minta bantuan jasa baik kakak untuk tunjukan jalan keluar.

53.   Putih: Ohh haa kalau begitu kamu ikut anak sungai ni. sampai di hujung sana ada satu pondok kecil dan ada seorang lelaki di sana yang sentiasa menunggu jerat ayam hutanya. mungkin dia boleh bantu kamu mencari jalan keluar. 

Mereka meneruskan perjalanan melalui anak sungai.

Babak Lima: Di tepi sungai kelihatan seorang lelaki separuh umur sendang berada dalam keadaan pelik dan penuh hairan. Adi dan Fizi cuba menghampiri lelaki tersebut.

54.   Adi: Pakcik, Pakcik tengah buat apa tu?

55.   Pandir: Apa kau tidak Nampak yaa?? Aku tengah berengang.

56.   Fizi: Berengan? Tapi.. bukankah pakcik tengah basuh sayur kobis?

57.   Pandir: Haaa pandai punnn itu pun nak Tanya lagi?? Kamu berdua ni nak apa?? Nampak aku tengah sibuk ni??

58.   Fizi: macam ni pak cik, sewaktu saya temankan dia ni kami terpijak timbunan daun dan tergelincir. Lepas tu kami terus berada disini.

59.   Pandir: ooo begitu.

60.   Adi: (Penuh kehairanan) pakcik kenapa pakcik buang sayur kobis ni macam tu je.

61.   Pandir: aduhhh sibuklah kamu. Ni haa aku tengah mencari mana isinya kobis ni.. sudah hampir lima biji aku kupas. Tapi satu pun tak jumpa isi lagi.. peliklah isteriku ni.. suruh aku buat kerja yang sia-sia.. 

62.   Fizi: (ketawa) pakcik.. sayur kobis mana ada isi.. yang pakcik buang itulah untuk dimakan.. haha… pakcik ni lawaklah..

Mereka berdua ketawa menyaksikan gelagat Pandir yang dalam keadaan kelam kabut setelah mendengan kata-kata Fizi.

63.   Pandir: Aikk.. laa habis tu yang aku buang tu semuanya untuk dimakan ya?

64.   Adi dan Fizi: Benar pakcik.

65.   Pandir: Apa.. Kobis ni tiada isi?

66.   Adi dan Fizi: Betul pakcik..

67.   Pandir: habislah aku kena marah nanti dengan isteriku.. hampir lima biji aku kupas semuanya berlalu dibawa arus sungai.

Mereka ketawa lagi sehingga Pandir naik marah..

68.   Pandir: Heiii kamu ni seronok ya ketawakan aku?? Sudah aku malas nak tolong kamu.. daripada aku fikirkan hal kamu lebih baik aku fikirkan cara bagaimana aku nak menjawab dengan isteriku nanti.. kamu berdua bukan tahu pun kalau mak andeh tu marah masakkk akuuu…

69.   Fizi: Mak Andeh?? Ini Pak Pandir ke?
70.   Pandir: habis tu kamu fikir aku ni siapa? Seluruh kampung kenal aku.. heii sudahlah pergi!! Aku kata pergi jangan kusutkan keadaan aku..

71.   Adi: Pakcik jangan lah marah marah saya minta maaf ni semua salah si Fizi ni dia yang ketawakan Pakcik.

72.   Fizi: Ehh saya pula.. awak tu yang Tanya soalan memalukan dia.. kesian dia.

73.   Pandir: Sudahh sebelum aku hambat kamu dengan kayu ni. Baik kamu pergi.. Pergii!!!!!!

Mereka melarikan diri ke hutan meninggalkan Pandir dalam keadaan Kusut. Mencari jawapan apa yang hendak dijelaskan pada Mak Andeh nanti.

Sesekali perjalanan mereka terhenti kerana Adi keletihan lalu minum air sungai sebagai pelepas dahaga. Mereka juga seringkali diganggu oleh bunyi-bunyi hutan, kadangkala Fizi menyakat Adi .

Babak Enam: Di Tanah Lapang Kelihatan seorang lelaki sedang mengangkat kayu untuk di jadikan kayu api.

74.   Fizi: Eh jom kita Tanya abang tu mana tahu dia boleh bantu kita untuk balik ke tempat asal kita.

75.   Adi: Awak pergilah Tanya nanti kalau saya yang pergi saya silap tanya awak marah saya lagi.

76.   Fizi: Hishhh sikit-sikit merajuk anak manja ni.. macam perempuan! Abang… oo abang…

77.   Badang: haa kenapa. Tak Nampak aku tengah sibuk ni. Kacau lah..

78.   Fizi: Abang saya nak tanya abang tahu tak jalan nak keluar dari tempat ni? Kami tersesat?

79.   Badang: haa sesat?? Belum pernah ada orang melintasi kawasan sini kata mereka sesat. Sebab kampung disini semuanya dekat-dekat. Entah entah kamu ni pengintip siam tak?

80.   Adi: Ehh bukan bang.. betull kami tersesat entah macam mana lepas pijak timbunan daun kering tu kami terus kesini.

81.   Badang: Pelik lah aku.. tak pernah aku jumpa kejadian ni.. dan lagi pakaian kamu sangat pelik sudah tepi sikit aku nak tebang pokok ni.

Mereka berundur dua-tiga tapak. Dan mereka sangat terkejut kerana Badang membelah batang pokok dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. 

82.   Fizi: (Penuh kehairanan) Abang. Macam mana abang belah batang pokok tu? Fuhh abang ni gagah macam Badang la…

83.   Badang: Aikk ini lagi membuatkan aku pelik, dah memang aku ni Badang pun. Kamu berdua ni asal dari mana? Siapa keluarga kamu?

84.   Adi: Kamu dari Ipoh bang.. keluarga kami semua di sana.. kami sekarang ni dah sesat.. tak tahu macam mana nak balik.

85.   Badang: Ipoh?? Ehh kat mana tu.. tak pernah aku dengar nama tempat Ipoh..

86.   Fizi: susah bang kalau kami nak cerita. Sebab abang tengok kami pun dah pelik. kami yang tengok semua orang kat sini pun kami jadi pelik bang.. sekarang ni kami perlukan bantuan macam mana kami nak keluar dari sini.

87.   Badang: haaa. Sudahlah aku pun semakin pelik dengan kamu berdua ni.. banyak kerja yang aku nak buat ni..

88.   Tiba-tiba Adi menangis.

89.   Fizi: heiii anak manja betul laa sikit-sikit menangis.

90.   Badang: Kamu tu pun satu.. dia kawan kamu sepatutnya kamu saling membantu.. bukan saling menjatuhkan dah dia menangis kamu sepatutnya pujuk dan tenangkan hati dia yang kusut tu.

91.   Fizi: emm yelah abang.. Adi sudahlah tu kita teruskan perjalanan kita ye In Shaa Allah depan tu mesti ada jalan untuk kita keluar. Kita usaha.

92.   Adi: Baiklah Fizi kita sama-sama cari.. abang tahu tak jalan nak ke anak sungai di sebelah mana.

93.   Badang: haa macam tu laa tak nangis dah takde la kusut kepala aku ni dengar budak-budak menangis. Kalau kamu nak pergi ke anak sungai pergi ikut sebelah sana.  Jalan tu terus sampai ke anak sungai aku tak dapat teman aku nak tebang banyak pokok ni.. banyak orang tempah nak buat kayu api. Sudah pergi kesana.

94.   Adi dan Fizi: Baiklah abang.. terima kasih Assalamualaikum.

95.   Badang: Waalaikumsalam.

Mereka berdua berlalu pergi menuju kearah sungai untuk mencari jalan keluar.
  
Babak tujuh: Di pondok kecil kelihatan seorang pemuda sedang mengintai intai sesuatu solah-olah seperti menanti mangsa masuk ke jerat. Adi dan Fizi memerhati tingkah pemuda tersebut.

96.   Belalang: (Berbisik) Haa masukkk masukk masukkk..

97.   Tiba-tiba Adi Bersin! menybabkan ayam hutan yang cuba dijerat belalang tadi lari.

98.   Belalang: Aduhhh siapa pula yang buat bising ni??

99.   Adi: Maafkan saya abang, saya tak sengaja. maafkan saya.

Belalang bangun dan pergi membetulkan jeratnya kembali.

100.                        Adi: maaf abang tumpang tanya. macam mana kami nak keluar dari sini.

101.                        Belalang: Aikk.. kamu berdua ni dari mana?

102.                        Fizi: Macam ni tadi saya temankan dia ni pergi buang air berdekatan kawasan perkelahan kami. tapi malangnya. kami tergelincir dan terus kami sampai ke sini ni dan kakak di hujung sana tu yang tunjukan jalan kesini. tempat apa ya bang??

103.                        Belalang: Ohh sana kampung sentosa.. disini kampung Beringin Rendang, nama abang belalang.

Adi dan Fizi saling berpandangan kerangan terkejut mendengar nama pemuda tersebut.

104.                        Belalang: abang rasa kamu berdua ni mesti dah sesat. haa kalau nak minta bantuan untuk jalan keluar abang tak reti sangat sebab yang pandai menilik dan boleh tunjukan jalan tu bapa abang.

105.                        Adi: Haa eloklah bang jom kita jumpa bapa abang kita minta dia tunjukan jalan.

106.                        Belalang: Tapi...
107.                        Adi: Tapi apa lagi abang??

108.                        Belalang: Dia dah meninggal dik.. dah 10 tahun dah..

109.                        Fizi: Alamakkk.. ni semua kamu punya pasal.. menyesal saya teman kamu untuk pergi buang air.. tengok sekarang ni kita dah sesat entah kemana. kalau ikutkan hatii!!!!!

110.                        Belalang: Heiii jangannn tak baik pukul kawan kamu. dalam keadaan macam ni kamu sepatutnya bersatu untuk sama-sama mencari jalan keluar.

111.                        Adi: Bersatu dengan dia ni?? hishh kepala keras macam batu, susah nak dengar cakap orang. asyik nak dia je betul mentang-mentanglah anak sulung

112.                        Fizi: Kamu tu lagi lah.. anak manja semua nak berteman tak reti berdikari langsung dasar anak tunggal yang manja!

113.                        Belalang: Macam ni.. apa kata kamu jadi kan kelemahan masing-masing itu sebagai saling melengkapi. kamu (menunjuk kearah fizi) kamu sebagai anak sulung apa kata kamu memimpin perjalanan dia. dan kamu (menuding kearah adi) kamu jadikan Fizi ini sebagai teman untuk sama-sama berbincang mencari jalan keluar dan bantu dia berfikir. kalau kamu asyik salahkan sesama sendiri sampai bila bila pun kamu tidak akan berjaya. Dan ingat, kalau dalam apa saja keadaan pun andainya kita saling menyalahkan sesame sendiri, kita hanya menemukan jalan buntu. Dik ingat ni.”Air yang panas juga mampu memadamkan api yang marak” maksudnya walau setegang manapun sesatu keadaan bawalah berbincang dan bukanya bercakaran.. In Shaa Allah akan jumpa jua jalan penyelesaian.

Mereka saling berpandangan dan tiba-tiba airmata mereka mula mengalir.

114.                        Fizi: Adi... saya minta maaf ya sebab selama ni saya selalu dengki dengan awak. awak untung jadi anak manja macam-macam awak minta semua dapat saya ni asyik kena berkongsi je.

115.                        Adi: Fizi.. sebenarnya saya pun cemburu dengan awak, saya sunyi. walaupun saya dalam kemewahan tapi hati saya kosong dan saya teringin nak merasa macam mana perasaan ada adik beradik.. saya minta maaf ya.

116.                        Fizi: Mulai hari ini awak anggaplah saya ni macam keluarga awak sendiri dan saya janji tak akan buli atau marah awak lagi.

117.                        Adi: Saya pun sama.. maafkan saya ya..

118.                        Belalang: Haa baguslah begitu. Arwah ayah abang dulu selalu berpesan. Kalau kita terlalu mengikut nafsu dan  hasutan syaitan, tanpa kita sedar Negara juga akan turut tergadai.

Mereka mengangis berpelukan sehingga masing-masing kepenatan dan tertidur.,.. Belalang mula mengundur dan menghilang dalam kabus tebal.

Babak Lapan: Guru pengiring mereka (Cikgu Din) dan rakan-rakan menemukan mereka yang dalam keadaan keletihan di pinggir hutan.

119.                        Cikgu Din: Ajis tolong ambilkan sedikit air.

120.                        Ajis: Baik Cikgu

Cikgu Din membacakan sedikit jampi dan diusapkan kemuka Adi dan Fizi. Adi dan Fizi terjaga lalu mereka terus memeluk guru mereka.

121.                        Cikgu Din: Haii apa yang jadi ni.. macam mana kamu boleh hilang dan muncul disini? Cuba ceritakan pada cikgu.

122.                        Fizi: Panjang ceritanya cikgu. Saya tak tahu mana nak mula.

123.                        Adi: Betul cikgu, kami pun tak reti macam mana nak cerita. Mulai hari ini berjanji tidak akan menjadi budak nakal dan akan sentiasa patuh pada arah dan akan sentiasa saling menyayangi antara satu sama lain.

124.                        Fizi: Betul cikgu dan kami juga akan sentiasa saling membantu dan tidak akan menyimpan iri hati antara satu sama lain.

125.                        Cikgu Din: Baiklah baguslah kalau begitu, cikgu harap ini juga akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

126.                        Adi dan Fizi: Baik cikgu, terima kasih ya cikgu.

Mereka bersalam dan berpelukan, semua rakan-rakan persatuan mereka senyum sambil bertepuk riang.



- TAMAT -

Comments

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.