Posts

Showing posts from March, 2014

My Big Bro Engagement..

Image
ok sebelum ni aku buat posting pasal permulaan hidup separuh bujangku.. hari ini pada tanggal 15 Mac 2014, abang aku pulak yang melangsungkan majlis pertunangan dengan sweet sister pilihan beliau.. perkenalan hampir 6 tahun telah berjaya menjadi separa rumah tangga.. malas nak tulis panjang... jom usha pic... Mohamad Azuwan Hamdan (Ewan) & Kyeriyah Husna Zainal (jaja)

Misteri Kehilangan Pesawat Dalam Sejarah Dunia

Image
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines sejak sabtu lalu adalah siri terbaru misteri kehilangan pesawat di serata dunia. Ada diantara kes ini yang masih belum dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Amelia Earhart Hilang Dalam Percubaan Memecah Rekod (1937) Nasib juruterbang Emilia Earhart telah menjadi misteri yang membingungkan dunia selama berdekad-dekad. Earhart yang pada masa itu wanita pertama yang berjaya membuat penerbangan merentasi Lautan Atlantik, cuba mengelilingi dunia bersama jurupandu Fred Noonan pada 1937. Pesawat Lockhead Model 10 Electra yang diterbangkan mereka hilang di Lautan Pasifik berdekatan Pulau Howland. Kedua-dua jurupandu dan pesawat mereka langsung tidak dijumpai hingga ke hari ini. Ada yang mengatakan mereka kehabisan minyak dan tenggelam ke dalam Lautan pasifik, ada juga yang mengatakan mereka sebenarnya perisik Jepun dan cuba menyembunyikan diri dari khalayak umum selain yang mengaitkan kes ini dengan mahkluk asing. Flight 19 (1945) Pada 5 Disember  

Senarai Nama penumpang MH370...

Image
PEMBANTU Juru terbang MH370, Fariq Ab Hamid. GAMBAR terakhir penumpang rakyat Malaysia, Mohd Sofuan Ibrahim, 32, bersama ibunya di KLIA sebelum menaiki pesawat MAS MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, awal pagi tadi. Beliau dijadualkan melaporkan diri Pejabat MITI di Beijing. PASANGAN pengantin baharu, Mohd Razahan Zamani, 23 dan Norli Akmar Hamid, 33, adalah antara 38 penumpang rakyat Malaysia dalam pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. Pasangan itu dipercayai ke Beijing untuk berbulan madu. Senarai Nama Anak Kapal MAS MH370 1. Fariq Ab. Hamid 2. Zaharie Ahmad Shah 3. Foong Wai Yueng 4. Goh Sock Lay 5. Gomes Patrick Francis 6. Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan 7. Junaidi Mohd. Kassim 8. Andrew Nari 9. Ng Yar Chien 10. Tan Ser Kuin 11. Tan Size Hiang 12. Wan Syaid Wan Ismail   Senarai Nama Penumpang MAS MH370, Selebihnya warga China 1. Anne Catherine Daisy (MYS) 2. Bai Xiaow (CAN) 3. Beherey Usage Waitrelos Laurence

sekitar gambar ahli keluarga penumpang pesawat MH370

Image
Pesawat MAS MH370 Ke Beijing Terhempas Di Laut China Selatan – 227 Penumpang Dikhuatiri Maut (10 Gambar) | Sudah lebih 12 jam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dilaporkan hilang sejak 2.40 pagi dan sehingga kini masih belum ditemui. Di sebalik pelbagai laporan dan spekulasi berhubung penemuan pesawat itu daripada agensi berita asing dan media sosial kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam. Kesemua maklumat itu dinafikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan beliau mengesahkan tiada sebarang penemuan pesawat itu berdasarkan maklumat pihak ketenteraan negara-negara jiran termasuk daripada Vietnam. Sehingga ini, tidak diketahui nasib pesawat itu serta 227 penumpang dan 12 anak kapalnya. Pesawat MH370 itu hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30