Cerpen: Erti sebuah Ikatan

Oleh : Amelia Faith

“ Syah.. aku.. aku… mengandung” bergetar suara Nadhia. Air hangat mula bergenang dicelah-celah tubir mata. Begitu sukar bagi Nadhia membuka pekung di dada. Tapi sampai bila dia boleh menyorok janin yang hari demi hari membesar dalam rahimnya itu. Dia menunduk malu. Perlahan butiran jernih mula mengalir membasahi pipi.

“ Astaghfirullahalazim, apa??” membuntang besar mata Aleesyah mendengar pengakuan yang tidak diduga itu.

“ Syah, tolong aku Syah…” Dalam tangisan Nadhia merayu.

Dia sudah buntu, tidak tahu berbuat apa lagi. Dalam sekelip mata dia hilang kerja dan tempat berteduh. Manakala duit simpanan selama ini sudah habis digunakan untuk menampung diri dalam beberapa bulan menganggur. Kemana lagi harus dia membawa diri dengan keadaannya begitu? Dia tidak kuat untuk menempuh semuanya seorang diri. Dia memerlukan pertolongan. Sekurang-kurangnya tempat untuk berteduh.

“ Mana lelaki itu?” Soal Aleesyah, hairan melihat Nadhia seorang yang membawa diri.

Mendengar persoalan itu, hati Nadhia retak seribu. Luka kembali berdarah. Teringatkan lelaki yang dicintai sepenuh hati, sehingga dia sanggup menyerah tubuh sendiri. Akhirnya lelaki itu telah mendustai cintanya, lesap begitu saja tanpa berita. Habis madu sepah dibuang. Itulah bayaran kepada kasihnya.

“ Dia…Dia sudah tinggalkan aku Syah.” Nadhia menangis tersedu-sedu. Hatinya bagai dihiris-hiris sembilu tajam mengingati kembali insiden yang menimpa dirinya.

Aleesyah terpaku mendengar pengakuan Nadhia. Kenapa semua ini boleh terjadi di atas diri Nadhia? Melihat Nadhia menangis Aleesyah turut merasa hiba. Dia menarik Nadhia ke dalam pelukannya. ‘ Ya Allah, kau kuatkanlah hati Nadhia untuk mengharungi liku-liku hidup ini. Kepada-Mu aku berdoa Ya Allah.’ Pinta Aleesyah dalam hati.

“ Shh…banyak-banyak beristighfar. Ini ujian Allah bagi kamu Dhia. Kau harus banyak bersabar. Jangan menangis lagi. Aku tak akan tinggalkan kau.” Aleesyah membuat janji, sambil mengusap lembut belakang Nadhia.

****************************************

“ Dhia, jom makan. Aku ada belikan mangga jeruk yang kau idamkan tu. Jom!” Pelawa Aleesyah sebaik saja dia nampak Nadhia siap bersolat.

Nadhia menoleh ke arah Aleesyah seketika, kemudian mencabut telekung yang tersarung kemas di wajah “ Allah hu akbar” ,dia cuba bangkit dari posisi yang terduduk. Melihat kesukaran Nadhia mengangkat badan, Aleesyah cuba membantu dengan memegang lengan Nadhia. Mereka berdua tersenyum. Pejam celik – pejam celik masa berlalu dengan pantas sekali, tak sedar kandungan Nadhia sudah mencecah lapan bulan. Tinggal sebulan lagi Nadhia bakal melahirkan anak sulungnya.

“Hai baby apa khabar? Nakal tak hari ini? Ada buli mama tak?” Aleesyah membelai-belai perut Nadhia yang kian memboyot besar. Nadhia hanya membiarkan perbuatan Aleesyah. Sudah menjadi rutin Aleesyah bercakap dan mendengar denyutan bayi dalam kandungannya itu. Tidak pernah sehari Aleesyah terlepas dari berbuat demikian. Malah, kekadang Aleesyah yang akan lebih teruja bila terasa tendangan bayi. Nadhia tergelak kecil, terasa macam Aleesyah yang mengandung dan bukan dirinya pula. ‘Aleesyah, Aleesyah’ Nadhia menggeleng kepala.

Namun, jauh di sudut hatinya yang paling dalam, dia masih lagi berharap bahawa Rayyan akan kembali ke sisinya. Sama-sama membesarkan anak mereka nanti. Dia tidak boleh menafikan perasaan cinta yang masih belum pudar sepenuhnya terhadap lelaki itu. Akan tetapi, semua itu hanya tinggal sebagai mimpi. Mimpi yang tidak mungkin terjadi, kerana hakikatnya lelaki itu sudah jauh melupakan dirinya. Malahan lelaki itu mungkin sedang berbahagia dengan keluarga baharunya.

Aleesyah sedar akan perubahan riak di wajah Nadhia. Perasaan pilu mula mengundang. Hati wanita mana yang tidak hancur bila berhadapan dengan keadaan sebegini? Masa bercinta banyak janji manis dibuat. Bila terlanjur, tanggung sendiri alamatnya. Lelaki dayus!

Perlahan dia meraih bahu Nadhia, cuba memberi semangat kepada kawannya itu. Nadhia menoleh ke arah Aleesyah dengan pandangan sayu. Dia memahami maksud tersirat Aleesyah walau hanya menggunakan bahasa mata. Dia mencapai tangan Aleesyah dan digenggam erat. Sekali lagi air jernih mula jatuh membasahi pipi.

“ Terima kasih Syah” ucap Nadhia. Dia amat bersyukur kerana Allah telah titipkan seorang kawan seperti Aleesyah. Kadang diri terasa malu berdepan dengan Aleesyah bila teringatkan diri yang kotor atas dosa yang dibuat. Namun, kawannya itu tidak pernah membuatkannya rasa terhina. Aleesyah sentiasa di sisi membantu, memberi sokongan malah kasih sayang yang ditunjukkan gadis itu sungguh ikhlas dan murni…

****************************************

Kedua-dua tangan Nadhia memegang perut, dahi berpeluh-peluh menahan sakit. Sungguh sukar untuk menggambarkan kesakitan yang dialami saat ini. Allah… sakitnya….Kepada siapa dia boleh meminta tolong? Aleesyah belum balik dari kerja.

Nadhia menggagahkan diri, mengayun langkah berjalan ke rumah Mak Cik Rosmah. Dia berjalan dengan mengheret kaki sambil memegang perut yang berdenyut-denyut sakitnya.

“ Assalamualaikum Mak Mah…” Nadhia melaung di bawah sebuah rumah papan. Muka sudah tidak berdarah. Tubuh bagai hendak rebah atas permukaan tanah masa itu juga! Kesakitan yang ditanggung semakin menjadi-jadi. Nadhia menarik-narik nafas.

“ Waalaikumsalam, Ya Allah! Nadhia kenapa dengan kamu ni?” Pantas Mak Cik Rosnah berlari turun mendapatkan Nadhia yang kelihatan pucat.

“ Mak Mah, tolong hantarkan Nadhia ke hospital, Nadhia dah nak bersalin ni.” Lemah suara Nadhia berkata-kata. Besar-besar peluh yang membasahi wajahnya tika ini.

“ Ya Allah, ketuban kamu dah pecah ni..” Mak Cik Rosnah memeluk badan Nadhia, risau melihat darah merah yang mula mengalir keluar dari betis gadis itu.

“ Bang !! Bang !! Cepat! kita hantar Nadhia ke hospital, bang!!” Mak Cik Rosmah menjerit cemas.

“ Ya Allah! kejap abang ambil kunci kereta dulu.” Melopong mulut Pak Mat melihat isterinya sedang memeluk Nadhia yang sudah longlai di permukaan tanah. Kelam kabut Pak Mat berlari masuk rumah mereka mencari kunci kereta.

****************************************

Tepat pada pukul empat petang, pintu wad bersalin dibuka dari dalam. Seorang jururawat berbangsa cina keluar mendekati Mak Cik Rosmah dan Pak Mat. Menghulurkan seorang bayi perempuan kepada mereka. Pak Mat menyambut bayi itu dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi. Hampir sahaja air mata lelaki Pat Mat tumpas ketika mengazankan bayi itu tadi. Runtun kalbu melihat wajah suci seorang bayi dalam gendongannya.

Aleesyah menolak daun pintu perlahan. Dengan cermat dia menarik kerusi di sebelah katil Nadhia. Mata dilirikkan ke wajah Nadhia yang masih pucat akibat kehilangan banyak darah ketika bertarung nyawa di bilik persalinan tadi. Perlahan-lahan Aleesyah membaringkan kepala di atas tilam, tidak ingin mengejutkan Nadhia yang masih lena, sehingga dia sendiri turut terlelap seketika dalam suhu bilik yang sedikit kedinganan itu.

“ Syah..”

Aleesyah memisat-misat mata, terdengar suara orang memanggil namanya.

Nadhia menguntum senyuman dengan bibir yang lesu. Dia meraih jemari Aleesyah.

“ Syah terima kasih kerana sekali lagi menyelamatkan nyawa aku, pasti sakit dicucuk jarum tadi kan? ” Mata melirik ke arah tangan Aleesyah yang masih kebiruan bekas cucukan jarum.

“ No hal punyalah! Sikit jer pun… Ni Aleesyah lah!” Aleesyah mengenyit mata.

“Aku dah banyak sangat terhutang budi kat kau Syah, tanpa kau tak tahu lah apa terjadi kat aku ni…”

“ Ouchh!!” Nadhia terjerit apabila mukanya tiba-tiba dicubit Aleesyah.

“ Hah! Cakap lagi ayat terhutang budi tu! Nanti aku cubit lebih kuat baru tau!” Bentak Aleesyah.

“ Dhia, semasa di rumah anak yatim lagi… Aku dah anggap kau saudara aku. Aku tak akan lupa setiap malam aku menangis teringatkan insiden kemalangan yang meragut nyawa kedua orang tua aku, kau akan peluk aku, mendodoi aku sehingga aku berhenti menangis. Bila aku dibuli budak sana, kau akan lindungi aku. Bila tiada makanan tertinggal buat aku, kau akan berkongsi dengan aku. Kita dah sebatang kara Dhia.. Tinggal kita berdua jer. Jadi apa salahnya kita saling tolong –menolong?”

“ Bertiga!” Cantas Nadhia.

“ Bertiga??” Aleesyah mengerut dahi tidak faham.

Nadhia mengoyak senyuman, “ anak kita.”

Terburai tawa Aleesyah“ Haa ah! Terlupalah pulak member baru kita tu kan! Comelnya anak kita Dhia macam aku.” Puji Aleesyah.

“ Iyelah tu muka dialah sangat!” Nadhia mencuit hidung mancung kawannya itu.

“Tapi ni sakit lah” rungut Nadhia sambil menunding ke arah bekas cubitan Aleesyah tadi.

“ Iye ke? Olololo…Kasihan kawan aku. Sorry lah ye.”

Aleesyah menggosok-gosok bekas cubitannya di wajah Nadhia. Tanpa pertalian darah namun hubungan mereka berdua lebih akrab dari adik-beradik kandung. Nadhia tersenyum senang.

***************************************

“ Anak ibu dah bangun ye? Ibu nak cium anak ibu yang comel ini boleh? Boleh la yer….”

Aleesyah mengambil Dammia dari pangkuan Nadhia. Mencium-cium wajah Dammia yang masih kemerahan.

“ Hmmmm….Wanginya anak ibu…”

Nadhia memandang ke arah Aleesyah yang sedang leka bermain dengan Dammia. Ada sesuatu sedang bermain di fikirannya dan ingin disampaikan kepada Aleesyah. Hatinya risau dengan bakal reaksi Aleesyah nanti. Nadhia menarik nafas sedalam yang termampu lalu dihembusnya keluar.

“ Syah, aku cadang nak bekerja semula,” perlahan suaranya memulakan perbualan.

“ Kerja? Buat apa tergesa sangat? Gaji aku masih mampu menampung keperluan kita bertiga, kan Dammia kan…” Mata Aleesyah tidak lari dari meneliti wajah comel Dammia. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan bayi itu.

“ Mama rehatlah dulu kan sayang.” Sambungnya lagi.

“Aku dah sihat Syah, aku dah nak mula kerja minggu depan, aku dapat offer kerja kat Australia…”

“Apa?? Kat mana?” Aleesyah tersentak! Australia? Dia merenung tajam wajah Nadhia untuk mendapat kepastian.

Nadhia mengangguk kepala perlahan sebelum mengulangi ayat“ Aus.. Australia.”

“ Hey! Dhia kau ni apa hal? Australia! Buat apa pergi jauh? Dah tak ada kerja kat Malaysia ni? Sampai nak merentas laut sekali? Habis tu Dammia ni bagaimana? Kau tak fikir ke tentang anak kau ni?” Nada suara Aleesyah kedengaran ternaik satu skala.

“ Sebab aku fikir Dammia lah aku paksa diri pergi Australia. Aku buat semua ni demi masa depan Dammia, aku nak bagi dia kehidupan yang senang kelak. Aku tak nak dia membesar serba kekurangan seperti aku nanti. Kalau aku terpaksa berjauhan dengan Dammia sekali pun demi masa depan dia, aku sanggup Syah.” Nadhia masih dengan suara lembutnya. Bersungguh-sungguh meyakinkan Aleesyah.

“ Kau dah fikir masak-masak ke ni? Aku tetap tidak setuju dengan rancangan kau!” Aleesyah mengembalikan Dammia kepada Nadhia. Kemudian berlalu pergi, meninggalkan dua anak beranak itu sendirian.

Dia benar-benar terkesima dengan keputusan Nadhia. Anak itu terlalu kecil untuk ditinggalkan. Apa salah kalau Nadhia bekerja di sini sahaja? Dan dirinya amat berbesar hati untuk menolong menampung keperluan Dammia kelak. Dia percaya kalau mereka berdua berganding bahu bekerjasama, mereka pasti dapat memberikan kehidupan yang baik pada Dammia walau tidak semewah mana tapi sekurang-kurangnya Nadhia tetap akan sentiasa berada disamping anak itu.

***************************************

Jam menunjukkan 11 malam, Dammia tidak henti-henti dari merengek, sehingga Nadhia tidak senang dibuatnya. Dipegang dahi tak panas, lampin tak basah, perut pun tak kembung. Hampir semua tubuh Dammia di periksa. Tiada tanda anak kecil itu sakit.

“Sayang kenapa tak tidur lagi ni?” Nadhia mendukung Dammia ke dalam pangkuannya. Berjalan ke hulu ke hilir dalam bilik. Namun,anak itu masih merengek bagai mencari sesuatu.

Aleesyah yang pada mulanya duduk merajuk seorang diri di ruang tamu mula rasa tidak senang mendengar tangisan Dammia. Anak itu tidak pernah menangis sekuat ini. Sakit ke dia? Gusar hatinya memikir keadaan anak kecil itu. Tanpa mempedulikan perasaan merajuknya lagi dia bingkas bangun dan berjalan masuk ke bilik Nadhia.

“ Sini Mia tu”, pinta Aleesyah dengan wajah kerisauan.

Nadhia hanya menuruti arahan Aleesyah tanpa banyak soal.

Hanya seketika Aleesyah mendukung Dammia, anak kecil itu terus lena dalam pangkuannya. Tidak lagi merengek seperti tadi. Terpinga-pinga mereka berdua dibuat Dammia.

“ Oh! Rupa-rupanya dia tengah cari ibu yang sedang merajuk dengan mama.” Aju Nadhia sambil tersenyum, cuba mengambil hati Aleesyah semula.

Aleesyah Cuma membisu, tiada sebarang reaksi. Senyuman dibibir pun tidak kelihatan.

“ Mia ni budak pintarlah.. Tahu ibu merajuk, nak ibu dan mama berbaiklah tu.” Katanya lagi sambil mencubit pipi montel Dammia.

“ Buat apa berbaik? Mama Mia tetap nak tinggalkan kita!” Akhirnya Aleesyah bersuara jua walaupun dalam nada meyindir.

“ Syah…” Nadhia memeluk tubuh Aleesyah yang duduk membelakangi dirinya.

“ Sebenarnya, aku pun tak sanggup berjauhan dengan kamu berdua. Tapi demi Mia, aku kena buat semua ni. Percayalah aku buat semua ni demi masa depan Mia. Izinkan aku Syah…” Nadhia mengemaskan lagi pelukannya.

***************************************

“ Syah, tolong jaga Mia baik-baik” Air mata Nadhia semakin deras mengalir. Dia mencium wajah Mia berkali-kali sebelum menyerahkan anak kecil itu kepada Aleesyah. Berat sungguh hatinya melepaskan Dammia tika itu. Sakit amat sakit. Anaknya baru mencecah umur tiga bulan, belum pun cukup kasih dicurahkan. Kalau boleh dia juga tidak ingin Dammia membesar tanpa dia d sisi. Tapi kalau dia tidak berbuat demikian, masa depan Dammia kelak bagaimana? Dia tidak mahu Dammia menjadi sepertinya dihina dan dipandang rendah masyarakat. Biarlah dia seorang menempuh semua itu. Tetapi tidak sekali anaknya.

Aleesyah menggangguk menahan sebak dihati, membiarkan air mata yang jatuh berjuntai-juntai membasahi pipi.

“ Maafkan aku kalau aku hanya tahu menyusahkan hidup kau selama ini. Halalkan segala makan minum aku selama ini. Kamulah kawan aku dunia akhirat Syah…”

“ Apa ni? Jangan cakap macam tu. Aku sayangkan kau Dhia. Kau jaga diri kat sana, aku dah tak ada nak tegur kau kat sana nanti. Malam jangan lupa selimutkan diri, ubat gastric kau tu, jangan simpan kat mana-mana, sentiasa simpan dalam beg, nanti sakit gastric menyerang tak lah haru cari ubat kau tu.” Panjang lebar Aleesyah menasihati kawannya itu. Sekadar menutup perasaan hiba yang sedang ditanggung berat dalam hati.

“ Syah, aku juga sayang kau…Sangat sayangkan kau! Terima kasih kerana menerima aku dalam hidup kau, menahan semua kerenah aku selama ini.” Nadhia memeluk tubuh Aleesyah serapat yang mungkin kemudian bersilih ganti mencium kedua pipi Aleesyah.

Kedengaran suara dari corong sedang memanggil semua penumpang yang bakal berlepas ke Australia. Para penumpang diminta untuk berhimpun dalam balai perlepasan secepat mungkin.

Nadhia terpaksa berangkat, dia mencapai beg yang terletak atas lantai kemudian melangkah laju bersama dengan lingkangan air mata yang tidak putus-putus mengalir. Tidak sesekali pun dia berani menoleh belakang, takut nanti hatinya menjadi lembut dan akan mengubah fikiran.

***************************************

6 tahun kemudian…..

“ Mia dengar cakap cikgu tau. Jangan nakal-nakal nanti Mak Mah datang jemput Mia balik.” Nasihat Aleesyah sambil memperbetulkan kolar baju Dammia.

“ Baik ibu.”

“ Ibu pergi dulu sayang.” Aleesyah mencium kedua-dua belah pipi gebu Dammia.

“ Ibu..” panggil Dammia kembali.

“ Kenapa sayang??” Aleesyah berpatah balik.

Dammia mengarah Ibunya tunduk agar ketinggian mereka sekata. Kemudian menarik lembut cuping telinga Aleesyah, mendekatkan bibirnya dan membisik sesuatu.

“ Ibu tak nak kahwin ke? Mia tak kisah ibu kahwin, Mia happy kalau dapat papa.”

Membulat mata Aleesyah mendengar bisikan anaknya itu. Dammia sudah mengukir senyuman manis di hadapannya.

“ Anak ibu ni nakal yer, suruh ibu kahwin pulak! Napa Mia dah tak sayang ibu lagi ke?”

“ Bukan Mia tak sayang ibu, tapi Mia hairan semua kawan Mia ada ibu dan ayah, tapi Mia ada ibu aje, tak ada ayah. Kawan-kawan semua tanya mana papa Mia, Mia cakap Mia tak tahu. Kawan-kawan ketawa. Tulah Mia suruh ibu kahwin, supaya Mia boleh dapat papa. Nanti dapatlah Mia kenalkan papa Mia pada kawan-kawan”

Kata-kata yang terkeluar dari bibir anak kecil itu menguis hati kecilnya. Rupa-rupanya selama ini Dammia juga mengidamkan kasih sayang seorang ayah. Tapi bagaimana dia boleh menunaikan hasrat anak kecil itu? Dia sendiri tidak mengenali ayah Dammia. Nadhia tidak pernah menceritakan hal tentang ayah Dammia kepadanya.

Aleesyah memegang muka Dammia, merenung sepasang mata bundar itu dengan penuh kasih.

“ Mia sayang, Mia ada papa. Papa Mia seorang yang hebat, papa tidak dapat bersama dengan kita kerana papa kena kerja jauh. Papa nak cari banyak duit untuk beli mainan Mia.” Aleesyah berbohong, tak sampai hati dia memberitahu kebenaran tentang Ayah Dammia. Anak itu terlalu kecil untuk menerima semua yang terjadi.

“ Lama lagi ke papa nak balik ibu?”

“ Lama lagi sayang, papa kena kerja.”

“ Boleh tak ibu suruh papa balik cepat? Tak payah kerja lama-lama. Mia tak nak mainan, Mia nak papa balik aje, supaya kita dapat bersama. Boleh ibu?”

Aleesyah terhilang kata-kata, perlahan-lahan menganguk kepala tanda mengiyakan saja permintaan anak kecil itu.

“ Yeyeh!! Mia akan jumpa papa tak lama lagi! Terima kasih ibu!” Dammia memeluk dan mencium pipi ibunya.

Aleesyah tersenyum hambar, tangan mengusap rambut halus Dammia.

***************************************

“ Assalamualaikum..”

“ Walaikumsalam, lewat kamu balik ni hari Syah?” Aleesyah mencium tangan Mak Cik Rosmah. Mak Cik Rosmah dan Pak Mat sudah seperti orang tuanya. Selama enam tahun ni, kedua orang tua inilah yang banyak membantu dirinya membesarkan Dammia. Jasa kedua orang tua ini akan sentiasa dikenang.

“ Rezeki Pak Dollah malam ni Mak Mah, ramai yang berkunjung ke warungnya tadi. Mia mana Mak Mah?” Aleesyah mencari-cari kelibat anaknya di ruang tamu.

“ Dalam bilik, tidur dah! Naik jenu dia menunggu kamu tadi. Syah, kamu tak penat ke? Siang kerja kat hotel malam pula kerja kat warung Pak Dollah, lepas tu uruskan si Mia lagi. Makin kurus Mak Mah tengok kamu ni.”

Kasihan Mak Cik Rosmah melihat Aleesyah yang siang malam membanting tulang demi Dammia. Sehingga diri sendiri tak terurus. Manakala, ibu kandung Dammia pula entah kemana, hilang tanpa sebarang berita! Geram juga Mak Cik Rosmah teringatkan Nadhia. Tak sangka wanita itu sungguh tidak bertanggungjawab! Tidak teringatkah anak dia? Bebel Mak Cik Rosmah dalam hati.

“ Syah buat semua ni untuk Mia Mak Mah….”

“ Bertuah sungguh Mia dapat ibu seperti kamu Syah, bukannya apa.. tapi yang Mak Mah risaukan nanti kalau Nadhia balik, kamu bagaimana? Mia bagaimana? Budak tu tak tahu lagi yang kamu ni bukan ibu kandung dia. Bagaimana jika Nadhia ingin mengambil Mia dari kamu? Kamu sanggup ke berpisah dengan Mia?”

Aleesyah terdiam seribu bahasa. Minda kembali menerawang terhadap kawannya Nadhia yang sudah menghilang selama enam tahun lamanya. Tiada sebarang berita pun dari Nadhia. Cuma pada awal enam bulan pertama selepas pemergian Nadhia, Nadhia rajin menghubunginya bertanya khabar dia dan Dammia. Selepas itu Nadhia senyap begitu sahaja, tidak lagi menghubunginya. Nombor telefon yang sering digunakan untuk berhubung dengannya itu juga tidak dapat dihubungi sehinggalah kini.

***************************************

Aleesyah ulang-alik ke kiri kemudian ke kanan, matanya masih segar bugar walaupun sudah larut malam. Persoalan Mak Cik Rosnah tadi kembali bermain-main dibenaknya.

Aleesyah berpaling ke arah Dammia yang sedang tidur lena di sebelah. Dia menarik selimut yang sudah jauh di hujung kaki Dammia untuk membaluti tubuh mereka berdua. Dia memeluk erat tubuh kecil Dammia dan mencium ubun-ubun anaknya itu. Dia tidak sanggup berpisah dengan Dammia walau sesaat pun. Tidak! Dammia anak aku! Nafas aku! Dia tidak akan sesekali membiarkan sesiapa pun memisahkan mereka anak beranak. Tidak! Aleesyah berikrar dalam hati.

***************************************

Pukulan angin laut barat daya dan bunyi ayunan ombak sangat mendamaikan hati Aleesyah. Memandangkan hari ini merupakan hari tidak bekerja buat Aleesyah. Dia membawa Dammia bersiar-siar di tepi pantai. Agak lama juga mereka anak beranak tidak berjalan-jalan seperti ini.

“ Mia suka tak tengok laut?” Soal Aleesyah apabila melihat riak wajah teruja Dammia.

“ Suka!” Riang sekali suara Dammia menjawab.

“ Napa suka?” Soalnya lagi, gemar dia mendengar tutur cara Dammia yang pelat. Comel.

“ Kerana laut cantik, pastu dalam laut tu ada istana ikan duyung tau. Tulah Mia suka laut.”

“ Benar? Ibu nak jadi puteri ikan duyung dan tinggal dalam istana laut boleh?”

“ Eh.. tak boleh ! tak boleh !” Dammia menggeleng kepala, memprotes kata-kata ibunya.

“ Habis tu ibu nak jadi apa?” Soal Aleesyah penuh minat.

Dammia berpaling ke arah ibunya sambil jari telunjuk menepuk-nepuk dagu.

“ Ehmm.. ibu.. ah.. ibu jadi dugong! Hahaha…” Dammia terus berlari meninggalkan ibunya.

“ Oh, kata ibu dugong ya! Sini biar dugong gigit Mia.” Aleesyah mengejar Dammia. Menggeletek anak itu. Getak tawa mereka berdua kedengaran kuat dan riang sekali.

Tanpa disedari, tidak jauh dari tempat mereka berkejaran, ada sepasang mata redup yang leka memperhatikan setiap gerak geri mereka anak-beranak. Iskandar mengukir senyuman melihat telatah dua orang insan di hadapannya itu. Dia nampak benar sinar kebahagian terpampang jelas di wajah masing-masing. Alangkah bertuah sungguh lelaki yang mengetuai keluarga itu. Mempunyai isteri yang cantik dan penyayang malah dikurniakan dengan seorang puteri yang comel molek. Sejerus memori menerjah kembali kepada seorang wanita yang pernah bertakhta dihati suatu ketika dahulu, wanita yang pernah diimpikan untuk dijadikan suri dihati. Setiap kenangan manis dengan wanita itu kembali bermain dalam kotak ingatan.

Iskandar menunduk kepala. Fikiran melayang terlalu jauh kali ini. Sudah agak lama dia tidak terfikir wanita itu. Lama, dia cuba melesapkan nama itu dari terukir kembali dalam hatinya. Namun kenapa hari ini wajah wanita itu kembali muncul dalam kotak mindanya?

Dia berdegus kecil sebelum perlahan-lahan menapak pergi dari kawasan pantai yang indah itu.

***************************************

“ Hey Amir! lepas lah! Apa pegang-pegang orang ni?” Aleesyah cuba membuka pautan tangan Amir di lengannya.

“ Kau ni sampai bila nak jual mahal dengan aku hah?” Amir mendekatkan wajahnya ke wajah bujur sirih Aleesyah. Haruman badan Aleesyah menusuk masuk ke rongga hidungnya.

“ Jual mahal apa pulak kau cakap ni? Lepas lah Amir, sakit tau tak!”

“ Kau jangan pura-pura buat tak tau maksud aku. Aku dah guna cara baik, tapi kau masih tak layan aku! Jangan salahkan aku kerana guna cara kasar pula untuk dapatkan kau! Kau yang paksa aku buat semua ni tau tak! Jiwa aku terseksa setiap kali aku melihat wajah kau Aleesyah, aku nak kau jadi milik aku!”

“ Amir lepaskan aku ! Kau dah gila ke apa?”

“ Ya! Aku memang gila! Gila cintakan kau! Puas? Jadi malam ni jangan harap kau boleh lepas dari aku lagi!” Bentak Amir kasar.

Menggigil tubuh Aleesyah mendengar ugutan Amir.

“ Amir tolong kasihankan aku, aku dah ada anak Amir…. Masih ramai wanita di luar sana yang boleh kau pilih.”

“ Kerana aku kasihan kan kau lah, aku nak kau! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu ada anak tapi tak berlaki! Kau patut bersyukur kerana aku masih mahukan kau biar kau tu bekas orang. Aku janji akan belai kau bagai permaisuri.” Amir mengukir senyuman sinis.

“ Amir, tolong…. tolong lepaskan aku…” rayu Aleesyah. Dia benar-benar takut Amir akan bertindak diluar kawalan. Apa akan terjadi pada dirinya nanti? Ya Allah selamatkan hamba Mu Ya Allah. Pinta Aleesyah dalam hati.

“ Hey bro, lepaskan dia!” Tiba-tiba seorang lelaki yang berbaju polo kuning tampak di hadapan mereka berdua.

“ Kau ni siapa? Sibuk hal orang! Tepilah, sebelum kau kena dengan aku sekali!” Tengking Amir.

“ Encik tolong saya Encik..” Aleesyah merayu pada lelaki yang tidak dikenali itu.

“ Aku kata lepaskan dia!” Suara Iskandar mula meninggi.

“ Kau pun nak berebut dengan aku ke perempuan bekas orang ni?”

“ Kurang ajar!” satu penumbuk hinggap tepat ke muka Amir menyebabkan dia jatuh terjelopok atas tanah.

“ Berani kau tumbuk aku! Tak guna!” Marah Amir. Dia bangkit untuk membalas tumbukan Iskandar.

Satu tumbukan Amir terkena bibir Iskandar sehingga berdarah. Mereka berdua bergelut atas tanah satu demi satu tumbukan mengena wajah masing-masing.

“ Ya Allah! Amir, cukup! Berhenti !!” Teriak Aleesyah.

“ Tepilah!” Amir menolak kasar tubuh Aleesyah sehingga Aleesyah jatuh tersungkur atas tanah. Siku Aleesyah berdarah terkena batu.

Bertambah sakit hati Iskandar melihat gadis di hadapan itu dikasari. Tanpa berfikiran panjang dia menarik Amir lalu menumbuk perut Amir bertalu-talu, sehingga lelaki itu jatuh longlai atas tanah.

“ Encik, cukup! cukup….” rayu Aleesyah.

Iskandar menoleh ke arah Aleesyah. Tapi satu tendangan lagi diberi kepada Amir sebelum dia mendapatkan Aleesyah yang terduduk atas lantai sambil menahan sakit.

“ Awak tak apa-apa?” Soal Iskandar sambil merenung ke arah wanita itu.

Aleesyah menggeleng.

“ Jom saya hantar awak balik, tapi kita jalan kaki jer.. Kereta saya rosak di sebelah jalan sana tu.”

Aleesyah tidak terjawab mata tidak lari dari memandang tubuh Amir yang terbaring atas tanah.

“ Tak payah risau, dia belum mati cuma terlena untuk seketika. Jom!” Ajak Iskandar sekali lagi.

***************************************

“ Mia sayang, Ibu dah balik.”

“ Ibu! Humpp!” Melopong mulut Dammia melihat lelaki yang berdiri di sebelah ibunya. Mata tidak berkelip-kelip. Papa!

“ Papa!” Dammia menerja ke arah Iskandar, memeluk erat pinggan lelaki itu. Tercengang Iskandar dengan perlakuan si kecil.

Aleesyah yang berdiri di sebelah Iskandar tersentak, mata membulat besar.

“ Mia itu bukan papa sayang” Pantas Aleesyah menarik Dammia ke pangkuannya.

“ Maaf Encik.”

“ Mia minta maaf dengan Pak Cik”

“ Mia minta maaf, Mia ingat Pak Cik papa Mia kerana Ibu janji akan suruh papa balik.” Dammia menunduk kepala.

“ Its okey sayang” Iskandar mengukir senyuman. Tidak mahu anak kecil itu terasa hati. Kasihan pula mendengar pengakuan si kecil itu. Mana pula perginya ayah budak ni?

“ Encik jemput duduk, nanti saya sediakan air” pelawa Aleesyah.

Iskandar mengangguk.

Sementara Aleesyah menyediakan air dalam dapur. Iskandar sibuk melayan kerenah Dammia di ruang tamu. Sekejap saja hatinya sudah terpaut pada anak kecil itu. Suka dia melayan Dammia yang petah bercakap. Banyak soalan budak itu. Anak pintar. Alangkah baik kalau aku mempunyai anak seperti Dammia sempat Iskandar memasang hajat.

“ Pak Cik ada anak?” Soal Dammia tiba-tiba

“ Tak ada sayang.”

“ Pak Cik nak tak ada anak?”

“ Nak, kalau boleh Pak Cik nak anak secomel Mia boleh?” Dammia didudukkan atas ribanya.

“Boleh! Tapi Pak Cik janji jangan bagitau Ibu nanti Ibu marah.” Dammia menghulurkan jari kelingking.

“ Okey Pak Cik janji!” Jari kelingking mereka berpautan.

“ Mia jangan ganggu Pak Cik, dah lewat ni. Pi masuk tidur esok sekolah lagi.” Arah Aleesyah. Dulang berisi air dihidang di atas meja.

“ Good night papa” bisik Dammia ke dalam cuping telinga Iskandar sebelum berlalu pergi. Iskandar mengoyak senyuman sambil mengenyit mata. Bagai ada satu tarikan dalam dirinya membuatkan dia senang dengan budak itu.

Aleesyah mengerut dahi. Main bisik-bisik pulak mereka berdua ni, cepatnya bermesra.

“ Comel anak awak”, puji Iskandar.

“ Kadang-kala nakal juga, manja sangat”. Jawab Aleesyah berserta senyuman di bibir.

“ Encik, jemput minum… Terima kasih kerana telah menyelamatkan saya tadi. Kalau Encik tak ada masa itu entah apa akan terjadi pada diri saya….” Dia tidak dapat bayangkan nasibnya jika lelaki itu tidak muncul. Mungkin tubuhnya sudah di campak ke dalam gaung selepas di apa-apakan Amir. Bergetar tubuhnya mengingatkan kemungkinan itu.

“ Awak, jangan takut. Kalau dia ganggu awak lagi. Bagitau saya, biar saya belasah dia cukup-cukup.” Iskandar bersimpati melihat wanita itu sedikit menggigil, mungkin disebabkan insiden tadi.

“ Terima kasih…” Ucap Aleesyah ikhlas. Sedikit sebanyak dia terharu mendengar kata-kata lelaki yang tidak dikenali itu.

Hatinya terdetik saat wanita itu melemparkan senyuman manis buat dirinya. Masha’Allah cantiknya ciptaan tuhan yang ini. Iskandar tersenyum.

“ Saya Iskandar, panggil Is, awak?”

“ Aleesyah, panggil Syah cukup.”

“ Cantik nama macam orangnya juga.” Terus sahaja ayat itu melucur keluar dari mulut Iskandar tanpa kawalan. Terlebih mesra punya mulut! Iskandar termalu sendiri.

Muka Aleesyah membahang mendengar pujian Iskandar. Malu pula mendengar pujian sebegitu. Itulah julung kalinya dia mendapat pujian daripada seorang lelaki.

Iskandar tersengih melihat muka Aleesyah yang sedikit kemerahan. Comel macam anaknya juga. Iskandar kembali memuji tapi dalam hati.

“ Ehh….Awak, kalau tak keberatan boleh saya menumpang kat sini malam ni?”

Aleesyah tersentak dengan soalan lelaki itu. Kelihatan garisan di dahinya.

“ Sorry-sorry… Don’t get me wrong.. Kereta saya rosak, esok baru orang saya datang. Maklumlah dah lewat malam. Saya pun tak tahu selok belok kat kampung ni. Atau awak boleh bagitau saya hotel atau homestay yang masih buka di waktu ini?” Iskandar pantas membuat penjelasan.

“ Hah… Arggk..” serba salah Aleesyah untuk bersetuju dengan permintaan Iskandar. Kat sini bukannya Bandaraya Kuala Lumpur hotel 24 jam. Bahkan rumah penginapan pun tidak terdapat di kampung ini. Bermalam kat sini? Boleh ke? Aku dan dia dalam satu rumah? Nanti orang kampung nampak macam mana? Payah ni! Aduh! Patutkah aku bersetuju?

Melihat raut wajah Aleesyah yang kurang senang. Iskandar menjadi serba salah dengan permintaan sendiri. Laa, napa aku ni bodoh sangat? Tak terfikir pula tentang suami Aleesyah. Nanti tak pasal-pasal bergaduh. Sampai jer ternampak aku berduan dengan isteri dia, pasti kecoh. Iskandar menggaru dahinya yang tak gatal.

“ Maaf, saya lupa yang awak dah bersuami. Tak manis kita berduan bila suami awak tak ada di rumah. Tak apelah saya tidur kat kereta saya aje…”

“ Ah…” belum sempat Aleesyah menghabiskan ayatnya. Hujan lebat mula membasahi bumi.

Langkah Iskandar terhenti. Mengerut dahi. La.. masa begini baru dia hujan. Tak boleh tunggu aku sampai kereta baru kau hujan? Iskandar mengomel dalam hati.

Nampaknya terpaksa aku membenarkan dia bermalam disini. Tak kan aku sanggup suruh dia merempuh hujan. Dahlah aku terhutang budi pada mamat ni. Haiz…

“ Awak.. awak bermalam kat sahaja lah. Hujan lebat tu. Nanti saya sediakan bantal dan selimut.”

“ Betul? Suami awak tak marah ke nanti?” Soal Iskandar untuk mendapat kepastian sekali lagi.

Melihat wanita itu menggangguk sekali. Pantas hatinya berbunga-bunga riang. Dia asyik teringatkan gelak tawa Aleesyah dan Dammia di pesisiran pantai pagi ini yang baginya amat mendamaikan hati.

Sehinggalah kejadian dia menyelamatkan Aleesyah dari lelaki bernama Amir tadi. Ini telah membawanya untuk bertemu sekali lagi dengan wanita itu. Sejerus dengan itu senyuman yang terukir mengendur serta merta bila teringat hakikat Aleesyah adalah isteri orang. Astagfirullahallazimm… Dia mengucap dalam hati.

***************************************

“ Ibu, Pak Cik tu hensemlah macam Afiq Muiz pelakon kegemaran Nenek Mah.”

“ Iye ke sayang?” Selimut ditarik hingga ke aras dada Dammia kemudian membaringkan diri disebelah anaknya.

“ Ibu, papa Dammia hensem tak?”

Tangan terhenti dari mengulas rambut halus Dammia. Sinar mata Dammia memandang kearahnya penuh harapan. Aleesyah mengukir senyuman. Tidak mahu menghampakan si kecil.

“ Mestilah kacak, Mia kan comel.” Katanya sambil mengucup ubun-ubun anak kecil itu.

“ Mia mirip papa tak?” soalan demi soalan Dammia lemparkan kepada ibunya. Ingin sangat mengenali ayahnya.

“ Ya sayang” Aleesyah hanya mengiyakan walaupun dia sendiri tidak pernah melihat wajah ayah Dammia yang sebenar. Tapi apabila diperhatikan betul-betul, Dammia tidak memiriti sedikit pun wajah kawannya Nadhia cuma mewarisi kulit Nadhia yang putih gebu.

“ Ibu sayang papa?”

Aleesyah terpaksa menggangguk sekali lagi.

“ Papa sayang Dammia tak?”

“ Mestilah sayang, Mia kan anak yang baik, comel lagi tu. Ibu pun sayang” Aleesyah menguis hidung mancung Dammia.

“ Mia pun sayang papa dan ibu.” Dammia memeluk erat tubuh Aleesyah.

“Dah-dah banyak betul soalan anak ibu ni, jom tidur. Dah lewat.” Aleesyah sengaja memotong agar Dammia tidak terus menerus bertanyakan soalan. Dia rimas dengan soalan-soalan yang diutarakan oleh Dammia semuanya berkaitan ayahnya yang dia sendiri pun tidak tahu siapa dan di mana lelaki itu berada.

Manakala Iskandar yang mendengar disebalik pintu cuba mencerna setiap bait bicara antara Aleesyah dan Dammia. Pertanyaan si kecil mengundang seribu pertanyaan di minda kini. Sejerus itu, kata-kata Amir tiba-tiba menyisip masuk. Dengan pertanyaan Dammia dan kata-kata Amir itu telah membentuk sebuah rangkaian cerita di benaknya. ..

Dia berjalan sekeliling ruang tamu, terpandang sebuah rak kayu tiga tingkat. Setiap tingkat mempunyai bingkai gambar. Gambar-gambar tersebut sangat mencuit hati. Hmm… Seperti ada sesuatu yang kurang. Dia mengerut dahi. Ya! Gambar lelaki. Tiada satu pun gambar lelaki yang terselit di antara gambar-gambar itu. Ini bermakna kesimpulannya adalah benar! Aleesyah tidak mempunyai suami tapi mempunyai anak! Single mother. No wonder Amir boleh berkata kasar dengan wanita itu.

***************************************

“ Awak, jemput makan, maaf pagi ni bee hun goreng je yang dapat saya sediakan” pelawa Aleesyah dengan ramah.

“ Pagi Ibu, pagi Papa”, sapa Dammia yang sudah siap berpakaian seragam sekolah.

Aleesyah menjengkil mata ke arah Dammia. Budak ni semalam dah kata itu bukan ayahnya. Tak reti-reti.

“ Oppss!” Dammia terus menekup mulut.

“ Tak apa, panggil Pak Cik Papa pun boleh sayang. Pak Cik suka.” Iskandar membela Dammia setelah melihat mata si ibu membulat. Tangan mengusap pipi molek Dammia. Si kecil senyum gembira.

Tapi aku tak suka! Aleesyah memprotes dalam hati.

“ Ibu , telefon ibu berbunyi tadi.”

“ Ye ke? Dammia makan dengan Pak Cik, ibu nak lihat siapa yang telefon ibu kejap yer sayang.”

Dammia mengangguk-angguk kan kepala. Aleesyah meminta diri kemudian berlari anak menuju dalam bilik.

Melihat kelibat ibunya hilang, Dammia pantas menarik kerusi disebelah Iskandar. Semua sayur di pinggannya di pindah ke pinggan Iskandar. Iskandar berkerut dahi memerhati telatah si kecil.

“ Mia tak suka makan sayur, tapi ibu suka paksa Mia makan sayur. Jadi Papa makan sayur ni. Sayur bagus untuk kesihatan tau!”

“ Shhyy! Ibu datang, jangan bagitau ibu tau. Papa cepat makan.” Dammia cepat menolak semula pinggan Iskandar yang sudah penuh dengan sayuran.

Iskandar tertawa. Rupa-rupanya Dammia juga seperti dirinya yang tidak menggemari sayuran hijau.

***************************************

“ Ibu, kenapa Pak Cik tak datang-datang jeguk Mia? Pak Cik janji nak bawa Mia jalan-jalan.”

Sudah seminggu berlalu peristiwa Iskandar bermalam di rumah mereka. Dan seminggu juga Dammia mengutarakan soalan yang sama. Naik bosan Aleesyah mendengar soalan itu. Kadang dia hairan kenapa anaknya itu sangat menyukai Iskandar. Baru sehari bersama dah rapat bagai anak dan bapa sahaja! Membuatkan dia makan hati.

Pitt!!! Pitt!!!

Pantas Dammia berlari turun setelah mendengar bunyi hon kereta itu. Meninggalkan Aleesyah tepinga-pinga seorang dalam ruang tamu rumah mereka.

“ Papa!” Teriak Dammia dengan nada yang teruja. Laju dia belari mendapatkan Iskandar.

“ Mia!” Aleesyah mencebik bibir mendengar panggilan Dammia.

“ Ibu dah cakap Pak Cik ni bukan ayah Mia, napa Mia degil sangat ni?” Amarah Aleesyah.

“ Awak, tak apa. Biar Mia panggil saya Papa. Saya tak kisah, saya suka.” Iskandar mencelah.

“ Anak Papa sihat?” soal Iskandar sambil mendukung Dammia. Sungguh dia merindui anak kecil ini. Seminggu tak jumpa bagai setahun pula rasanya. Ingin sangat dia balik ke kampung ini dengan segera namun kerja di ofis berlambak. Membatalkan niatnya itu. Tapi setelah semua urusanya selesai, terus dia memandu balik ke kampung ini. Melepas rindu kepada dua insan yang telah mencuri hatinya. Tipulah, kalau dia merindui Mia saja. Ibu Mia lagilah dia rindu. Hehehe…

“ Bukan apa Is, tapi nanti orang dengar tak sedap pulak. Is ni kan bujang nanti…”

“ Nanti apa? Tak payah pedulikan pandangan orang lain. Saya tak kisah apa pun yang mereka mahu cakap yang penting anak papa gembira kan.” Iskandar segera memotong ayat Aleesyah. Dia menggeletek leher Dammia. Membuatkan Dammia ketawa terkekek-kekek.

“ Is…” naik geram Aleesyah kepada lelaki itu.

“ Awak, tak baik tau tetamu datang tak sediakan air” celah Iskandar. Semakin cantik pulak wanita ini apabila naik geram.

“ Hisyy!” Dengus Aleesyah. Dia berjalan naik rumah.

Serta merta tawa Iskandar dan Dammia terburai melihat gelagat Aleesyah yang merajuk bagai kanak-kanak.

“ Mia, Mia nak makan apa sayang?” Soal Iskandar mesra. Dammia masih kemas dalam dukungannya.

“ Hmmm..” Dammia menonggak ke atas langit sambil berfikir.

“ Mc Donald?”

“ Boleh! Boleh! Jom kita bawa ibu sekali, kasihan ibu merajuk lama-lama.” Iskandar mengangkat Dammia naik ke atas rumah.

***************************************

“ Awak, cukup-cukup lah semua barang yang awak belikan pada Dammia. Mahal tau! Nanti saya tak mampu membayar semua ni.”

“ Saya ada minta awak bayar balik ke?”

“ Tapi..”

“ Awak, awak boleh tak jangan tapi-tapi lagi. Saya beli ni semua ikhlas tau.” Tungkas Iskandar.

“ Dah jom” Iskandar selamba menarik tangan Aleesyah.

Aleesyah bagai terkena arusan elektrik yang terus mengalir laju ke tubuh sehingga mengena jantung. Menyebabkan jantungnya berdegup kencang tika ini. Mulutnya terkunci rapat dan tangannya lemas dalam genggaman Iskandar. Dia bagai terpukau, langkah demi langkah mengikuti jejak Iskandar tanpa bersuara.

Apabila mereka bertiga melimpasi sebuah kedai hiasan, mata Iskandar tertancap pada sebuah cermin besar yang memantulkan imej mereka bertiga. Baru dia tersedar bahawa tangan kirinya sedang erat menggemgam tangan Aleesyah manakala tangan kanan pula mendukung tubuh kecil Dammia. Mereka bagai sebuah keluarga bahagia. Hatinya berbunga. Alangkah baik kalau semua ini adalah realiti. Aleesyah isterinya dan Dammia adalah anak mereka. Senyuman di wajah Iskandar semakin meleret panjang.

“ Is!!” Iskandar tersentak. Lamungannya serta merta terhenti.

Segera Aleesyah menarik tangannya dari genggaman Iskandar. Dia turut terkejut dengan suara nyaring itu.

“ Mummy…”

Datin Kirana membulat mata berdiri di hadapan mereka. Dia sudah melihat segalanya. Iskandar siap memegang erat tangan wanita itu tadi.

“ Who is she?” Soal Datin Kirana dengan mata tajam merenung Aleesyah dari hujung kaki ke hujung rambut.

“ Ini Aleesyah, kawan Is dan ini anak dia. Awak perkenalkan ini Mummy saya”

“ Assalamualaikum Mak Cik” Aleesyah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita yang dikenali sebagai ibu Iskandar. Wanita itu tidak ketara dimamah usia, penampilannya kelihatan mahsyur. Sekali pandang memang tahu wanita ini bukan calang-calang orangnya.

“ Walaikumsalam” Huluran tangan Aleesyah tidak disambut Datin Kirana. Malah, satu jelingan maut dihadiahkan buat diri Aleesyah. Aleesyah menarik kembali tangannya dan kepala dihalakan ke bawah lantai.

Datin Kirana kembali memandang ke arah Iskandar.

“ Is, make sure that you will be back early for dinner tonight. Datuk Yusoff and Datin together with Reenah will come over for dinner. Don’t make them wait, understand.” Dia memberi arahan kepada Iskandar sebelum meninggalkan Iskandar dan Aleesyah.

Orang miskin macam perempuan tu, jangan harap boleh sentuh tangan aku. Perempuan tak sedar diri! Dah beranak satu masih nak menggatal dengan lelaki lain. Dasar perempuan murahan! Maki Datin Kirana. Mendidih-didih darahnya melihat aksi mesra diantara Iskandar dan perempuan itu tadi. Kalau bukan kerana berada di khalayak orang ramai, sudah pasti dia mengheret perempuan itu menjauhi anaknya. Rayyan Iskandar you better watch out from me tonight! Kawan konon! Dengus Datin Kirana tidak puas hati.

***************************************

“ Awak, saya minta maaf bagi pihak ibu saya. Mummy memang dingin sedikit terhadap orang yang tidak dikenali. Tapi kalau dah selalu bergaul, pasti dia akan menyukai awak.”

Iskandar cuba mereka alasan untuk menyedapkan perasaan Aleesyah. Kerana dia perasan wanita itu banyak mendiamkan diri selepas pertemuan tidak diduka dengan ibunya sebentar tadi. Adalah juga rasa risau jika Aleesyah makan hati. Yelah, perangai yang ditunjukkan oleh Mummy bukan main dingin lagi. Kalahkan ais di kutub utara!

“ Tak apa-apa lah awak. Saya okey jer.” Aleesyah cuba menyejukkan hati Iskandar. Tidak mahu lelaki itu terus dibelenggu rasa bersalah. Lagipun bukan salah Iskandar, jadi buat apa minta maaf. Kejap, apa maksud ayat terakhir Iskandar, ‘ tapi kalau dah selalu bergaul, pasti dia akan menyukai awak’. Dia nak aku terus bergaul dengan ibu dia ke? Arggk, tak nak lah! Renungan wanita itu dah macam nak telan aku hidup-hidup. Dia menelan liur pahit teringatkan jelingan maut Datin Kirana. Kushh…Lemah jantung!

“ Awak, saya nak tanya sesuatu. Harap awak jangan kecik hati yer…”

Kening Aleesyah terangkat sedikit keatas, ape dia?

“ Ayah Mia? I mean dimana dia sekarang?”

Hah! Tadi bukan ke topik berkenaan ibu dia? Ni apasal bertukar saluran pulak? Ni yang aku tidak suka bila bab-bab mengorek hal ayah Mia. Rimas!

“ Ayah.. Mia… Dia…Ehh….” Tiba-tiba kehilangan idea. Tiada lagi alasan-alasan bernas yang pernah diperolehnya jika berdepan dengan situasi sebegini.

Dari riak wajah wanita itu. Iskandar seratus peratus percaya dengan andaiannya.

“ Awak, stop it! Sampai bila awak nak menipu tentang ayah Mia? You are a single mother right.” Tebaknya terus.

Aleesyah terdiam. Dia tidak ingin memperbetulkan kenyataan lelaki itu. Biarlah ia menjadi rahsia.

“ Awakk..” Ayat Aleesyah tergantung apabila terasa tapak tangan Iskandar mula menyentuh jemarinya. Mahu terkeluar jantung Aleesyah di saat itu.

“To tell you the truth saya tak kisah pun apa yang pernah terjadi dengan awak dulu. Itu kisah lalu. Awak tak perlu rasa malu dengan diri awak. Kerana awak seorang wanita dan ibu yang baik. Saya ingin sampaikan sesuatu kepada awak, I don’t know what will be your reaction but I’m still hoping for it…” Iskandar menarik nafas dalam. Mencari kekuatan diri sebelum meneruskan niat dalam hati.

“ Aleesyah Najwa Binti Sulaiman, sudikah awak menjadi suri di hati saya selamanya?” Tiba-tiba Iskandar melutut dihadapannya. Membuatkan Aleesyah tergamam. Terasa denyutan jantungnya sangat laju, mengalahkan kelajuan kereta api.

“ Jangan tanya kenapa, kerana saya sendiri tidak tahu kenapa saya boleh jatuh hati kat awak. Gelak tawa awak bagai menggongcang seluruh jiwa saya. Melihat wajah awak yang tersenyum boleh mendamaikan hati saya. Mungkin kerana nama awak sudah mula menapak diseluruh jiwa saya. Dan hati saya sentiasa menjerit nama awak Aleesyah. Jika awak pun mempunyai perasaan yang sama terhadap saya. Tolong berikan peluang untuk cinta kita ini Aleesyah.” Bersungguh-sungguh Iskandar melamarnya.

Aleesyah terkedu. Terharu. Layak kah dia kepada lelaki sebaik Iskandar? Apa pandangan keluarga Iskandar terhadap dirinya nanti? Dammia? Meskipun Iskandar dapat menerima Dammia tapi adakah keluarga Iskandar turut dapat menerima Dammia? Dengan pandangan sinis Datin Kirana tadi. Itu tidak mungkin!

Aleesyah menarik nafas. “ Awak bangun, ramai mata sedang perhatikan kita ni…”

“ Tak, selagi awak tak berikan jawapan, selagi itu saya akan berlutut.”

Aleesyah menggigit bibir. Kemudian menarik nafas dalam.

“ Saya…saya, tak layak untuk awak, saya mempunyai anak. Awak layak mendapat wanita yang lebih baik dari saya.”

“ Itu semua saya tak kisah. Yang saya tahu setiap denyutan nadi dan setiap nafas saya hanya untuk awak. Hanya awak yang saya inginkan.”

“ Tapi Mia, Mia..…”

“ Selama kita bersama awak masih ragu ke kasih sayang saya terhadap Mia? Dia dah macam anak saya sendiri. Yang saya nak dengar dari hati ikhlas awak. Awak tak pernah ke biar sedetik, mempunyai perasaan yang sama buat diri saya? ” Genggaman jemari Aleesyah diperkemaskan. Mata tidak berganjak dari menatap raut wajah yang sangat dikasihi itu.

“ Sila beri peluang untuk cinta kita bersemi? Dan beri Dammia peluang mempunyai ayah untuk menjaganya kelak.” Iskandar masih tidak putus asa merayu.

Mata Aleesyah mula berkaca, tersentuh dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Iskandar. Dalam tak sedar dia mengangguk tanda setuju.

“ Yess!!” Iskandar teriak sekuat hati. Sekali lagi semua mata di taman itu tertancap ke arah mereka berdua.

“ Awak!” Aleesyah menegur Iskandar. Dia malu tapi hati mula berbunga gembira.

“ Papa.. papa…kenapa papa teriak ni?” Dammia yang tadi sibuk bermain buaian mula menghampiri mereka berdua.

Iskandar mendudukkan Dammia atas ribanya dan mengusap lembut kepala anak itu. “ Papa gembira sayang kerana Papa akan jadi Papa Mia. Mia suka tak?”

“ Haahh…Suka! Suka! Mia akan ada papa yeyy….” Jawab Dammia girang.

“ Mia tak marah papa Is jadi papa Mia?” Soal Aleesyah pula.

“ Mia tak marah, kan Mia kata Papa ni Papa Mia. Cuma Ibu jer yang tak mengaku. Sekarang papa dah jadi papa sebenar Mia. Mia gembira ibu.” Dammia meletakkan kedua tapak tangannya di pipi Aleesyah.

“ Terima kasih sayang. Ibu sayang Mia sangat-sangat.” Ciuman hangat hinggap ke pipi gebu Dammia.

***************************************

“ No, never will I agree you to marry that women! ” bergema suara Datin Kirana di ruang tamu banglo tiga tingkat kediaman mereka.

Hati membengkak marah mendengar isi hati satu-satunya anak teruna yang dia ada. Dia tidak akan sesekali menerima permintaan Iskandar yang ini. Dia akan pastikan semua itu tidak terjadi. Tegah Datin Kirana. Dia menjeling tajam ke arah Iskandar.

“ Is, jangan sesekali cuba menjatuhkan martabat keluarga kita. Believe me perempuan tu cuma nak ambil kesempatan atas diri Is sahaja. Perempuan tu cuma mahu duit Is! Don’t be a fool Is!”

“ Mummy, Aleesyah bukan perempuan jenis tu. I know her mum. I love her.” Bela Iskandar.

“You just knew that women about a month and you said you love her? That’s ridiculous!”

“ Yup, and that is enough for me to know that she’s the women that I want to spend the rest of my life with. Bukan macam gadis-gadis yang Mummy kenalkan tu. Nama jer dari keluarga ternama, high educated tapi perangai tu kalahkan perempuan-perempuan kerja di kelab malam! Itu yang mummy berkenan jadikan menantu?”

“ Is, jangan cuba mengajar Mummy! Mummy tahu apa yang terbaik untuk anak Mummy. If that women is really as good as you thought, kenapa dia tak bersuami? And Mummy tak mahu bermenantukan bekas orang Is faham tak! ” Tengkin Datin Kirana.

“ Is, tak kisah kalau Mummy tak dapat terima Aleesyah. Is, sudah cukup umur untuk membuat pilihan Is sendiri. Is, tetap akan memperisterikan Aleesyah. Aleesyah tetap akan menjadi menantu keluarga ini.”

Membuntang mata Datin Kirana. Api membara kelihatan jelas di kedua biji anak matanya “ Ohh.. sekarang Is dah pandai lawan cakap Mummy, gara-gara perempuan itu Is?” Amarahnya lagi.

“ Jangan sampai Mummy bekukan semua asset Is.” Ugut Datin Kirana.

“ I don’t care all of that. Kalau Mummy nak, you can have it all. But I’m still with my decision in marrying Aleesyah” tegas Iskandar kemudian berjalan meninggalkan Datin Kirana yang masih berdiri ditengah-tengah ruang tamu.

Datin Kirana mendengus kasar. Panas di hati semakin membara tambahan pula Iskandar sudah mula pandai melawan kata.

‘Aleesyah! Lihat dan tunggu apa yang bakal aku lakukan pada hidup kau! Aku akan pastikan kau menyesal dilahirkan di dunia ini!’ Datin Kirana mengepal tangan menahan marah.

***************************************

“ Well-well look whose here… KL terlalu kecil. Tak sangka aku boleh terjumpa kau kat sini.” Datin Kirana menjongket kening. Pandangan sinis dilemparkan kepada wanita di hadapannya itu.

Aleesyah tersentak, terhenti dari kerja membersihnya. Ibu Iskandar… Aleesyah mengangguk “ Mak Cik..”

“ Excuse me? Siapa Mak Cik kau? Don’t you call me Mak Cik, kau tak layak! Panggil Datin faham!” Ujar Datin Kirana dengan wajah bengis sambil menunjal-nunjal kepala Aleesyah.

“ Maafkan saya Datin” Dia menahan air mata dari tertumpas.

“ Now tell me berapa yang kau nak? 1 juta? 2 juta? ”

“ Maksud Datin?” Aleesyah terkedu dengan persoalan wanita itu.

“ Alaa, tak perlu berlakon di hadapan aku lagi. Aku sudah masak benar perempuan pisau cukur macam kau ni, yang suka mengambil kesempatan untuk hidup! Cuba kau pandang cermin di hadapan ni. Kau masih tak sedar ke yang kau tu tak layak langsung bersama Iskandar. Dah lah setakat pencuci tandas. Beranak satu pulak tu. Berangan nak jadi menantu aku. Hey! Aku benci sangat tengok muka kau! Benci! Perempuan tak sedar diri!!” Datin Kirana menolak tubuh Aleesyah ke tepi dinding.

Aleesyah membatu. Tidak melawan Datin Kirana. Hanya air mata satu persatu mengalir keluar .

“ Nangis!! Ini jer ke kau tau buat selain mengikis harta orang?” Sekali lagi Datin kirana menunjal kasar dahi Aleesyah. Meluat! Bertambah geram hatinya melihat wanita itu menangis. Sok suci lah tu! Dengusnya dalam hati. Mata terpandang baldi yang berisi sabun. Dia mencapai baldi tersebut dan disembur ke atas badan Aleesyah.

“ Hah! Pandan muka kau! Ini sebagai peringatan untuk jauhi anak aku! Jangan sesekali cuba bermain api dengan aku! Kerana lebih dari ini lagi aku mampu buat faham!”

Datin Kirana memberi amaran sebelum mencampak baldi yang sudah kosong atas lantai. Meninggalkan Aleesyah terkulai seorang diri. Berjuntai-juntai air mata yang gugur. Badannya yang basah kusup tidak di ambil peduli. Dia hanya terus menangis dan menangis sepuas hati.

***************************************

Iskandar gusar. Hatinya resah. Sudah tiga hari dia tidak dapat menghubungi Aleesyah. Semua telefon dan pesanan ringkas yang dihantar kepada wanita itu tidak diangkat mahupun dibalas. Dan tiga hari juga dia berulang-alik ke rumah wanita itu. Namun pintu rumah sentiasa terkunci, tidak berpenghuni. Aleesyah kamu di mana sayang? Abang risau tau tak! Jangan buat Abang begini sayang. Dia mengeluh dalam, menyandar diri di sebuah sofa dalam biliknya.

“ Whats wrong son? Anything bodering you?” Soal Datuk Hisham serentak mengambil tempat di sebelah Iskandar. Beberapa kali juga dia mengetuk pintu bilik itu, tiada yang menyahut. Akhirnya dia melangkah masuk. Sekali buka rupa-rupanya anak terunanya itu tengah duduk mengelamun pulak sampai kehadiran si bapa pun tidak disedari.

“ Daddy..sejak bila Daddy masuk ni?” Iskandar terkejut dengan sergahan tiba-tiba Datuk Hisham.

Datuk Hisham tersenyum nipis. Wajah kusut anaknya dipandang. “ Is, kalau ada apa-apa yang merunsingkan tu. Is tahu kan daddy sentiasa sedia mendengar.” Tutur Datuk Hisham lembut.

Iskandar mengeluh, sejak dulu ayah lebih memahami dirinya. Dia lebih banyak meluahkan isi hati kepada ayah berbanding mak. Kerana ayah lebih terbuka, tidak suka memaksa. Ayah akan menasihati dan menghormati keputusan yang dibuat. Bukan macam mak yang sukakan kemenangan, harus dituruti kehendaknya.

“ Ni ada kena mengena dengan soal hati anak daddy ke?” Datuk Hisham masih cuba memancing anaknya.

“ Ah.. hmm..” Iskandar melemparkan senyuman kelat.

Melalui gerak geri Iskandar itu, Datuk Hisham sudah dapat meneka. Dia tersenyum sambil menepuk lembu bahu anaknya. “ If you thinks she worth to fight for go ahead. I’m always by your side. Don’t boder about your Mum. I’ll take care of her.” Datuk Hisham mengenyit mata. Dia sentiasa doakan kebahagian Iskandar. Sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Iskandar dia akan menerimanya dengan hati terbuka, janji anaknya bahagia.

Iskandar lega mendengar kata-kata dari ayahnya itu “ Thanks dad”

“ Anything for you son” serentak menepuk paha Iskandar. “ Nanti kenalkan daddy wanita yang sudah mencuri hati anak daddy ni, yang mampu membuatkan anak daddy angau seperti ini. Makan tak lalu mandi tak basah. Maklumlah orang bercinta” Usik Datuk Hisham.

“ Daddy!!” merah padan muka Iskandar diusik sebegitu oleh ayahnya.

Terburai tawa Datuk Hisham.

***************************************

Suasana agak sibuk di lobby JW Marriot Hotel dengan kehadiran ramai pelancong-pelancong asing. Mata melirik ke kiri dan ke kanan menunggu kedatangan client dari Negara Taiwan. Sekilas, mata Iskandar tancap ke sekunjur tubuh yang sangat dirindui. Aleesyah! Pantas dia berdiri menuju kearah empunya badan.

Aleesyah memperbesarkan langkah setelah mendengar namanya dipanggil berkali-kali. Dia sangat mengenali suara itu. Penghinaan dan amaran Datin Kirana tempoh hari kembali tergiang-giang di cuping telinga. Dia membelok kiri memasuki kawasan dapur hotel.

Iskandar mempercepatkan langkah, hampir sahaja dia bertembung dengan seorang chief berbangsa cina yang tiba-tiba muncul menghalang dirinya. “ Maaf Encik, ini kawasan larangan. Encik tidak dibenarkan masuk.”

“ Saya nak jumpa Aleesyah!” Iskandar menepis tangan jejaka cina itu, cuba merempuh masuk.

“ Maaf Encik, ini merupakan peraturan hotel, orang luar tidak dibenarkan memasuki ruang dapur. Harap Encik faham.”

Iskandar terhenti, dia meraup wajah berkali-kali menahan geram di hati. Dengan rasa tidak puas hati dia melangkah menuju semula ke arah lobby hotel. Bengang kenapa Aleesyah seperti menjauhi darinya. Apa yang berlaku? Dia ada berbuat salah ke? Iskandar tidak henti-henti berfikir.

“ Terima kasih Lim.” Aleesyah mengucap terima kasih kepada pemuda yang membantu menghalang Iskandar tadi.

“ Sama-sama, siapa lelaki hensem itu Aleesyah?”

“ Kawan lama” jawab Aleesyah ringkas.

“ Ex-boyfriend ke?” Usik Lim.

Aleesyah hanya membalasnya dengan sebuah senyuman hambar. Tidak mahu topik itu berterusan.

***************************************

“ Aleesyah!” lengannya dihendap dari belakang. Tersentak Aleesyah melihat wajah Iskandar sebegitu dekat dengannya. Ini merupakan pertama kali dia melihat Iskandar dengan muka sebegitu serius tiada secalit senyuman pun terukir di wajah itu. Terasa jantungnya berdegup dengan kencang sekali.

“ Kenapa Aleesyah cuba menjauhi dari abang? Abang tahu Aleesyah ada mendengar abang tadi, tapi Aleesyah sengaja tidak mahu keluar dari bilik dapur tu kan! Kenapa Aleesyah? Kenapa melayan abang begini? Aleesyah tahu tak betapa abang risaukan Aleesyah. Apa yang abang buat sehingga Aleesyah menjauhi dari abang?” Tinggi suara Iskandar kerana tidak dapat menahan amarah di hati.

“ Abang lepas lah, sakit” rayu Aleesyah. Wajahnya berubah pucat.

Melihat wajah Aleesyah yang ketakutan. Segera rasa menyesal menyelit masuk ke dalam dada. Dia menarik Aleesyah ke tempat yang lebih sunyi. Jauh dari pandangan orang ramai.

“ Kenapa Aleesyah?” Nada suara Iskandar bertukar normal. Dia sudah dapat mengawal perasan marahnya.

“ Abang ada buat apa-apa yang menyakitkan hati Syah? Jika ya, abang minta maaf. Tapi tolong jangan buat abang begini. Sungguh terseksa hati abang bila Aleesyah cuba menjauhi dari abang.” Lembut sekali pertuturan Iskandar. Pilu hati Aleesyah melihat wajah Iskandar yang kelihatan sedikit serabut.

“ Abang tak salah, cuma Aleesyah yang tak sedar diri. Cuba abang pandang diri abang dan Aleesyah. Dunia kita sangat berbeza abang. Aleesyah tidak layak buat abang. Abang boleh mendapat wanita jauh lebih baik dan lebih padan buat abang. Kita tamatkan segalanya. Sebelum kita berdua luka dengan lebih teruk. Aleesyah akan doakan kebahagian abang.” Dalam sedu-sedan Aleesyah menyuarakan semua isi hati. Dia ingin memutuskan segala hubungannya dengan Iskandar. Biar dia jalani kehidupan seperti dulu. Kata-kata Datin Kirana tempoh hari ada benarnya. Iskandar siapa dan dia siapa? Mereka berdua bagai bumi dan langit. Sungguh jauh berbeza.

“ Apa yang Syah merepek ni? Tidak mungkin abang akan memutuskan hubungan kita. Hanya maut yang boleh memisahkan kita Aleesyah!” Sakit hati Iskandar apabila Aleesyah membuat permintaan putus. Kasih yang baru disulam bersama bakal berkecai di tengah jalan. Itu tidak mungkin terjadi.

“ Kanapa? Aleesyah dah tidak cintakan abang?” soal Iskandar. Mata tepat merenung ke dalam anak mata Aleesyah. Mencari jawapan disebalik sinar mata itu.

Aleesyah menundukkan kepala memandang ke bawah lantai. Tidak berani memandang ke arah Iskandar. Lelaki itu boleh membuatkan dia lemah. Dia tidak boleh mengalah jika perpisahan ini merupakan jalan terbaik buat mereka berdua.

“ Maafkan Syah abang, tapi Syah rasa lebih baik hubungan kita berakhir disini juga.” Kata Aleesyah perlahan.

“ Aleesyah, look into my eyes and tell me that you don’t love me” gesa Iskandar. Tangan memaut kedua bahu Aleesyah.

“ Abang.. tolong lah” Aleesyah cuba meloloskan diri dari Iskandar. Namun pergerakannya dihalang Iskandar.

“ Syah cakap dengan abang yang Syah sudah tidak mencintai abang.”

“ Abang jangan paksa Aleesyah boleh tak?” Tanpa sedar air matanya mula menitis jatuh.

“ Abang cuma nak dengar dari mulut Syah sendiri yang Syah dah tak sayangkan abang.”

Aleesyah mematung. Iskandar mengalihkan muka Aleesyah untuk merenung tetap ke arah matanya. Dengan lembut jari jemari Iskandar menyeka air mata Aleesyah. Dari sinar mata wanita itu jelas ternyata Aleesyah masih menyanyangi dirinya. Iskandar tidak dapat menahan diri dari mendakap Aleesyah.

“ Please.. jangan sesekali minta abang putuskan hubungan kita. Cause I cant leave without you Aleesyah. I love you so much..” pintanya.

Air mata Aleesyah kembali menitis. Dia tidak boleh memaksa diri untuk menipu lagi. Jiwanya memang sudah terikat sepenuhnya kepada lelaki bernama Iskandar. Dia amat mencintai lelaki itu dan dia juga tidak sanggup untuk berpisah dengan Iskandar. Biarlah takdir yang menentukan segalanya buat mereka…..

***************************************

“ Assalamualaikum” kedengaran suara wanita memberi salam dari luar rumah.

Pantas Aleesyah membasuh tangan dan bergegas lari meninggalkan semua kerja memasaknya di dapur. Siapa pula yang datang siang-siang hari ni?

“ Walaikumsalam…”

Mulut Aleesya terbuka sikit, terpegun melihat wanita yang berdiri tegak di luar balkoni rumah. Bercermin mata hitam, berbaju dress kelabu mengikut potongan badan dan kasut bertumit tinggi. Anggun sekali penampilan wanita itu.

“ Cik cari sapa?” soal Aleesyah dengan mata yang tidak berkelip-kelip. Siapa dia ni? Dia tertanya-tanya.

Wanita itu menguntum senyuman lebar melihat cara Aleesyah memandangnya.

“ Aku cari kawan aku Aleesyah Najwa Binti Sulaiman.” Kata wanita itu, seraya menanggalkan cermin mata Gucci yang menutupi mata.

“ Nadhia!!” melolong mulut Aleesyah. Bagai tidak percaya melihat Nadhia berada di hadapannya kini.

Nadhia mendekati Aleesyah yang masih kaku. Dipeluk erat tubuh kawannya itu. “ Syah aku rindu kat kau sangat-sangat.”

“ Nadhia benar ialah kau Nadhia?” Soal Aleesyah masih ragu-ragu.

Nadhia mengangguk berkali-kali. “ Ya. Aku ni Nadhia”

“ Ya Allah…” Mereka berpelukan sekali lagi. Malah, lebih erat. Perasaan hiba gembira semua bercampur aduk. Masing-masing melepaskan rindu bersertakan mutiara jernih yang membasahi pipi masing-masing.

***************************************

Aleesyah meletakkan dulang berisi air di tengah-tengah meja. Kemudian mengambil tempat bersebelahan Nadhia. Nadhia mencapai tangan Aleesyah dan digenggam erat.

“ Kau dah jauh lebih cantik Dhia. Aku hampir tidak mengenali kau tadi.”

“ Aku masih Nadhia yang sama Syah. Mungkin cuma penampilan aku yang berbeza. Tapi hati dan jiwa aku tetap Nadhia yang dulu. Masih Nadhia yang selalu menyusahkan kawannya Aleesyah.” Terselit nada sendu dalam percakapan Nadhia. Muka menunduk menyedari kekhilafan diri.

“ Nadhia..” Aleesyah menggoncang lembut paha Nadhia, tidak mahu perkara lama diungkit kembali, yang lalu biarkanlah ia berlalu.

“ Syah, aku nak memohon maaf atas semua kesalahan aku.” Kata Nadhia dalam suara serak. Butiran jernih jelas kelihatan bertakung di tubir mata.

“ Meninggalkan Dammia dengan kau begitu sahaja tanpa sebarang berita. Tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh aku, semuanya ditanggung oleh kau. Aku ni memang kawan tak guna Syah. Kalau kau nak marah aku ke nak pukul aku ke aku rela Syah.” Nadhia mula menangis.

“ Dhia aku tak pernah salahkan kau.” Kata Aleesyah ikhlas, cuba menenangkan Nadhia.

“ Aku percaya pasti ada sebabnya kenapa kau berbuat begitu. Lagipun semua itu dah tak penting lagi.” Sambungnya lagi sambil menepuk-nepuk lembut tangan Nadhia.

“ Ibu.. ibu..” Perbualan mereka terhenti seketika apabila Dammia meluruh masuk dan mendakap Aleesyah erat.

Nadhia terpegun. Anak matanya tidak lari dari memandang anak kecil di depan. Itukah Dammia anak aku? Dadanya bagai dihimpit batu besar. Terimbau kembali hari dia meninggalkan Dammia. Mata kembali berkaca.

“ Ibu, tadikan papa beli banyak mainan untuk Dammia. Dammia gembira sangat…” Kata Dammia kegirangan tanpa menghiraukan wanita disebelah ibunya itu.

Aleesyah tersenyum kelat. Dia menjadi serba salah. Melihat air mata Nadhia yang menitis perlahan. Hatinya menjadi sayu.

“ Ibu..” Dammia menarik muka Aleesyah untuk menghadapnya.. “ Ibu dengar tak apa Mia cakap?” Sambungnya dengan nada rajuk. Tangan kecilnya masih kemas memegang muka Aleesyah.

Dalam melayan perasaan pilu, Nadhia tergelak jua dengan telatah Dammia yang mencuit hati. Comel.

Aleesyah memaksa diri mengukir senyuman palsu. Tangan kecil Dammia dilarikan dari mukanya. Kemudian dengan perlahan memusingkan badan Dammia ke arah Nadhia.

“ Mia…ni kawan ibu”

“ Hai.. Auntie” Dammia menghulurkan tangan kecilnya untuk bersalaman dengan Nadhia.

Bergetar tangan Nadhia menyambut huluran tangan si kecil. Perlahan-lahan dia menghulurkan tangan sehinggalah tangan mereka bersentuhan. Cepat Dammia menyambut tangan Nadhia kemudian mengucupnya lembut. Kucupan halus anaknya terasa hingga menusuk ke dalam kalbu. Nadhia pantas menarik tubuh kecil Dammia ke dalam dakapannya dan mengucup wajah Dammia berkali-kali.

Aleesyah yang melihat babak diantara Nadhia dan Dammia tidak dapat menahan dari perasaan sebaknya. Laju sahaja airmata mengalir keluar.

Iskandar yang siap menurunkan barang-barang dalam kereta mula menapak naik ke atas rumah.

“ Assalamualaikaum….” suara Iskandar memecahkan suasa hening di ruang tamu rumah Aleesyah.

“ Papa..” Dammia cepat meleraikan pelukan Nadhia, berlari ke arah Iskandar yang penuh dengan barang-barang di tangan.

Jantung Nadhia bagai terhenti seketika melihat gerangan lelaki itu. Kisah silam kembali menerjah ke setiap pelusuk minda. Luka dalam hati kembali berdarah. Mukanya berderau. Perasaan benci dan marah mula berkumandang.

Tanpa berfikir panjang Nadhia berdiri, berjalan menuju ke arah lelaki itu.

Phanggg!!! Satu tamparan yang cukup kuat mendarat atas pipi Iskandar.

“ Don’t you ever touch my daughter!” Bentak Nadhia kasar. Cuba menjauhkan Dammia dari mendekati Iskandar.

Iskandar tergaman “ Na..Nadhia…” Kerongkongnya bagai disekat.

Dammia mula menangis“ Aunty jahat! kenapa aunty tampar papa Mia?” rengek si kecil, cuba meloloskan diri dari genggaman Nadhia dan berlari ke arah ibunya.

Tidak sempat dia menarik Dammia kembali kerana Aleesyah terlebih dahulu mencempung tubuh kecil Dammia. Retak hatinya bila Dammia memanggilnya jahat.

Mata bersilih ganti memandang Nadhia dan Iskandar “ Dhia awak dan Is….” Bergetar-getar suara Aleesyah cuba menepis segala andaian dihati. Mengharapkan ia tidak benar. Walaupun lebih dari separuh hatinya mengiakan kemungkinan itu.

“ Dialah lelaki tak guna tu! Lelaki yang menghancurkan hidup aku. DIA!! Membuang aku bagai sampah setelah aku mengandungkan zuriatnya!” Nadhia menumbuk-numbuk dada Iskandar melepaskan semua rasa amarahnya. Sakit sungguh hatinya melihat Iskandar. Kenapa lelaki ini harus muncul kembali setelah sekian lamanya.

Aleesyah memejam mata. Menahan pedih di hati yang bagai dihiris sembilu tajam. Perlahan air matanya mengalir keluar. Saat itu terasa berkecai seluruh jiwanya.

Iskandar rasa dirinya bagai terkena kejutan elektrik. Nadhia mengandung anak aku? Bukan kah Dammia anak Aleesyah? Cepat dia menangkap kedua-dua tangan Nadhia. Mata merenung dalam ke anak mata Nadhia yang berkaca. “ Mengandung? Maksud awak Dam.. Dammia anak saya?”

“ Anak saya! Awak dah tak ada hak atas Dammia sejak hari awak meninggalkan saya!” Tempik Nadhia. Mata tajam mencerlung ke arah Iskandar.

Iskandar merenung ke arah Dammia. Dammia anak aku… Ya Allah anak aku…. Ingin dia mendakap tubuh si kecil. Tetapi Aleesyah sudah memberi isyarat jangan mendekatinya. Serta merta langkah Iskandar terhenti. Dia memandang muka Aleesyah, mata wanita itu berair. Pasti Aleesyah kecewa dengannya. Lelaki yang tidak bertanggungjawab. Tapi sumpah dia tidak tahu hubungannya dengan Nadhia dulu membuahkan hasil.

“Syah… Abang….”

“ Keluar!!” Aleesyah melenting. Dadanya terasa sakit. Iskandar ayah Dammia. Lelaki yang dikasihi Nadhia sepenuh hati. Dan aku…. Kenapa semua ni boleh terjadi?

Iskandar menurut, dia tahu dalam situasi begini. Seribu kali penjelasan dibuat sekali pun tidak berguna. Tunggu sehingga keadaan mula reda. Dia akan menjelaskan semua kepada Aleesyah. Otaknya pun tengah kusut. Kenapa Nadhia tidak pernah memberitahunya tentang kandungannya dulu. Dan sekarang menuduh dirinya tidak bertanggungjawab. Dia perlu mengetahui kebenaran secepat mungkin….

***************************************

Sudah dua hari berlalu, Aleesyah sudah menceritakan segalanya kepada Nadhia. Nadhia tidak menyalahkan mahupun membenci Aleesyah, kerana kawannya itu memang tidak mengenali Rayyan Iskandar ketika dia sedang menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Bagi Nadhia jika benar jodoh Aleesyah dengan Rayyan Iskandar, maka dia redha kerana itu semua ketentuan Ilahi. Tapi ada sesuatu yang dia harus berbincang dengan Aleesyah. Perkara yang bakal menghancurkan hati kawannya itu. Dan kemungkinan Aleesyah akan membenci dirinya. Maafkan aku Aleesyah….. Nadhia merintih dalam hati.

“ Mengelamun nampak” sergah Aleesyah yang sudah mengambil tempat disisinya.

Walaupun wanita itu tersenyum tapi jelas kelihatan wajahnya yang kusam tika itu. Jiwa Nadhia dihimpit rasa bersalah. Dia terlalu banyak menyusahkan kawannya itu. Malah sekarang bakal melukakan hati wanita itu pula. Nadhia cuba menahan sebaknya dalam hati. Sekali lagi dia meminta ampun di hati.

“ Syah, aku nak anak aku balik.” Kata Nadhia perlahan.

Degupan jantung Aleesyah bagai terhenti seketika. Terasa darah dalam badannya turun hingga ke hujung kaki. Dia menjadi lemah. Perkara yang paling ditakuti sudah di depan mata. Bagaimana dia boleh bersetuju dengan semua itu? Dammia anak dia, nyawa dia.

“ Dhia, aku rayu dengan kau tolong jangan pisahkan aku dengan Dammia. Aku tidak boleh hidup tanpa Dammia. Dammia nyawa aku. Aku tidak boleh kehilangan Dammia.” Rayu Aleesyah.

“ Aku ibu dia Syah. Tiada ibu yang sanggup memberi anaknya kepada orang lain.”

“ Aku tahu kau ibu dia. Tapi aku juga ibunya. Aku tidak pernah berjauhan dengan Dammia selama ini. Jika kau ambil dia dari aku, aku dah tak ada siapa-siapa lagi di dunia ni. Hidup aku tidak akan bermakna lagi.” Aleesyah mula menitis air mata.

Nadhia mendekati Aleesyah, memegang kedua-dua lengan wanita itu.

“ Enam tahun aku kehilangan Dammia. Dan aku sangat berterima kasih kerana kau telah mendidik Dammia dengan baik. Aku nak tebus kembali semua kekurangan aku Syah. Kau masih boleh menimang cahaya mata kelak. Tapi aku? Aku dah tak boleh mengandung lagi…” sendu dan perlahan suara Nadhia.

Aleesyah terkedu.

Nadhia memejam mata sebelum membuka kembali kisah pahit di negara asing. “ Aku ditipu oleh agensi yang membawa aku ke sana, aku dijual kepada satu kelab malam di Australia. Aku dijadikan pelacur…” Air mata mula mengalir apabila teringatkan tragedi pahit hidupnya.

“ Kalau aku tak bagi, aku akan dipukul,ditampar,dikurung dan tidak diberi makan. Aku terpaksa akur dengan kehendak mereka. Sehingga aku terpaksa menggugurkan kandungan banyak kali. Mereka tidak berperikamanusian! Mereka binatang!!” Tangisan Nadhia semakin kuat.

Jantung Aleesyah bagai mahu meletup sebaik mendengar cerita Nadhia. Ya Allah…. Aleesyah turut menangis mendekati Nadhia dan memeluk erat wanita itu.

“ Dhia, kenapa kau tidak pernah memberitahu aku dulu?”

Nadhia menyambung cerita. “ Pada permulaan kami semua tidak tahu niat sebenar agensi itu. Kami dilayan baik, makan minum semua ditanggung. Passport kami diambil konon mahu dihantar ke pejabat imigresen untuk diproses. Tapi itu adalah antara helah mereka supaya kami tidak mencurigai rancangan mereka. Tidak dapat melarikan diri. Sehinggalah suatu hari kami tiba-tiba disuruh mengemas barang kata ada kerja sedang menanti .Kami dihantar ke tempat neraka itu. Kami diugut jika tidak bekerja disana kami akan dibunuh dan tiada orang bakal tahu tentang kematian kami disitu. Kami nak cabut lari pun tidak dapat kerana kami dikawal ketat.”

“ Ni” Nadhia menunjukkan parut yang panjang dan mendalam di pergelangan tangan kirinya “ Aku pernah cuba menamatkan riwayat aku di sana. Aku sudah tidak tahan hidup di sangkar neraka itu. Aku sanggup mati dari terus dinodai.”

Sebak hati Aleesyah melihat parut di tangan Nadhia. Tak tersangka kehidupan Nadhia di Australia begitu merana. Air mata tidak putus- putus dari mengalir menahan sebak di hati.

“ Tapi Allah maha pengasih, dia pertemukan aku dengan Cristopher Lee seorang muallaf. Dialah doktor yang menyelamatkan aku ketika aku berada di ambang maut. Setelah mengetahui kisah aku, dia janji untuk menolong aku untuk memulakan hidup baru. Dia membeli aku dari bapa ayam di kelab aku bekerja. Aku menumpang di rumah dia, bekerja sebagai orang gaji dan dia melayan aku dengan baik sekali. Sebagai membalas budi aku berkahwin dengan dia. Bulan ni masuk tiga bulan usia perkahwinan kami. Malangnya aku dan dia tidak boleh mempunyai zuriat bersama kerana rahim aku telah rosak akibat pengguguran yang aku lakukan. Aku ada memberitahu Cristopher tentang Dammia dan dia rela mengambil Dammia sebagai anaknya. Dia nak kami hidup bersama sebagai satu keluarga. Sebab itulah dia mengizinkan aku kembali ke Malaysia untuk mengambil Dammia.”

Nadia menatap wajah Aleesyah bagai merayu, “ aku tahu tindakan aku ni kejam dan tidak adil untuk memisahkan kau dengan Dammia. Tapi Shah, kau dan Iskandar masih punya masa depan. Kelak kamu pasti dapat beranak lagi. Tapi aku tidak mungkin lagi. Aku cuma ada Dammia. Oleh itu, aku pohon sangat-sangat dengan kau Shah, tolong serahkan Dammia kepada aku…” Nadhia menggengam erat tangan Aleesyah sambil merayu.

Aleesyah membatu. Meyerahkan Dammia kepada Nadhia bermaksud dia tidak akan berjumpa dengan Dammia lagi untuk selamanya kerana Nadhia akan membawa Dammia ke Australia. Dammia anak aku.. nadi aku….. Aleesyah menangis. Ya Allah apa yang harus aku lakukan…

***************************************

“ Nadhia can we talk?”

Nadhia cuba menutup pintu bilik apabila melihat Iskandar berada di permukaan pintu bilik hotelnya. Cepat-cepat Iskandar menghalang dengan menolak pintu itu kembali. Nadhia mengetap bibir apabila Iskandar berjaya membolos masuk ke dalam kamarnya.

“ Kita dah tak ada apa-apa yang perlu dibincangkan lagi Rayyan. Kau dah musnahkan hidup aku. Apalagi yang kau nak?” Nadhia melenting.

“ Dhia, please…dengar dulu penjelasan saya…”

“ Penjelasan apa lagi Rayyan?? Semuanya sudah terlambat. Hidup aku sudah hancur! Hancur tau tak! Ini semua disebabkan kau Rayyan! Kau!” Teriak Nadhia berserta tangisan. Kemarahan di hati sudah tidak dapat dibendung lagi. Kejadian yang menimpa dirinya tujuh tahun yang lalu kembali bermain di minda. Setiap kali mengingati peristiwa hitam itu, hatinya bagai disiat-siat. Sakit.

“ Nadhia, tolong percaya. Saya benar-benar tidak tahu awak mengandungkan anak saya masa tu. Sehari selepas kejadian malam itu saya terpaksa berlepas ke London bersama Daddy kerana pak long saya tengah nazak. Sesampai disana saya terpaksa membantu memulihkan syarikat pak long yang hampir jatuh. Kesibukan dan tekanan menguruskan syarikat pak long menghalang saya dari terus menghubungi awak. Tapi selepas semuanya selesai saya langsung mencari awak di merata tampat Nadhia. Namun awak lesap begitu sahaja tanpa khabar. Nadhia saya berani sumpah apa yang saya katakan ini semuanya benar.”

“ Jangan bohong Rayyan! Aku masih menyimpan surat yang kau berikan pada Mummy kau Rayyan!”

Nadhia menggeledah bagasi warna hitam miliknya. Mengeluarkan sepucuk surat yang sudah lama disimpan bersama, kemudian dicampak tepat ke wajah Iskandar.

Membulat mata Iskandar membaca satu persatu isi kandungan dalam surat itu. Dia tidak pernah menulis surat sebegini menyatakan dia bakal berkahwin dan minta Nadhia lupakan dirinya, kerana selama ini dia tidak pernah serius mencintai wanita itu. Itu semua tidak benar sama sekali.

“ Ini bukan surat saya. Saya tidak pernah menulis surat ini”

“ Jangan bohong! Aku tidak mungkin akan percaya lelaki penipu macam kau lagi Rayyan!” Kasar suara Nadhia. “ Kau pernah rasa tak, dalam sekelip kau kehilangan kerja dan tempat bertedu? Apabila aku bertandang ke rumah kau minta simpati dari Mak kau. Aku dihina dan dihalau bagai binatang Rayyan! Mana kau semasa aku perlukan diri kau? Mana?”

Iskandar sekali lagi terkejut dengan apa yang didengari. Nadhia ada ke rumah? Kenapa Mummy tidak pernah memberitahu aku?

“ Aku terpaksa berpisah dengan anak aku dalam usianya yang masih kecil. Demi masa depan dia. Aku merana di negara orang. Balik ke sini, anak aku terasa asing terhadap aku. Kau tau tak bertapa peritnya hati bila anak sendiri tidak mahu mengaku aku ibunya, sedangkan aku yang mengandungkan dia sembilan bulan. Dan semua ini berpunca dari kau Rayyan! Kau!” Nadhia melepaskan sakit di hati dengan menumbuk-numbuk dada Iskandar.

Iskandar terdiam, dia langsung tidak mengelak. Biar Nadhia mengeluarkan segala rasa yang terpendam di hati. Setiap pukulan dan cacian Nadhia, dia bagai terasa derita yang pernah ditanggung wanita itu. Dia yang bersalah, terlalu mempercayai mummynya.

Setelah puas Nadhia terduduk lemah atas lantai.

Iskandar melepas keluhan berat dan perlahan-lahan Iskandar mendekati Nadhia mengambil tempat di sebelah wanita itu. “ I’m sorry. Kalau aku tahu kau mengandung masa itu. Aku pasti akan bertanggungjawab. I will not let you suffer alone.”

“ Its too late, the things that hurt us have already hurt us, saying sorry can’t turn back time, and can’t let the things that have happen pass by.” Ungkap Nadhia lemah.

“ Rayyan, did you ever love me truly before?”

Iskandar mengganguk. Memang benar dia pernah mencintai wanita itu sepenuh hati. Lama dia menderita semasa ketiadaan Nadhia dulu.

Dalam sendu Nadhia kembali menangis.

***************************************

“ Ibu, betul ke Aunty Dhia tu ibu kandung Mia?” Dammia berbaring di sebelah Aleesyah.

“ Ya sayang dia ibu kandung Mia.” Tangan kiri Aleesyah kyusuk membelai rambut Dammia.

“ Kalau dia ibu Mia, kenapa dia tinggalkan Mia? Ibu, Mia tidak mahu ikut Aunty Dhia. Ibu jangan berikan Mia pada Aunty Dhia. Ibu janji dengan Mia. Ibu tidak akan tinggalkan Mia. Ibu janji….”

“ Mia, kenapa cakap macam tu? Mama Mia sayang Mia tahu tak.”

“ Mia tak suka dia! Kenapa dia mahu pisahkan Mia dengan Ibu! Dia bukan mama Mia, hanya ibu mama Mia!”

“ Mia sejak bila ibu mengajar Mia melawan cakap ni?” Aleesyah meninggikan suara. Dammia terus terdiam terasa jauh hati dengan ibunya. Dia memusingkan badan tidak mahu bersemuka dengan Aleesyah.

“ Mia…” suara Aleesyah kembali lembut, kesal meninggikan suara dengan si kecil tadi. Dia memusingkan badan Dammia perlahan. Memegang wajah Dammia dengan penuh kasih. Menyeka air mata yang berguguran dari mata si kecil dan dikucup penuh kasih dahi anaknya.

“ Ibu dah tak sayang Mia ke? Kerana Mia budak anak kandung ibu…” Luruh hati Aleesyah mendengar persoalan Dammia. Tubuh anak itu dipeluk erat.

“ Ibu sayang Mia. Mia adalah segalanya bagi ibu. Biar bukan ibu yang melahirkan Mia, tapi Mia datang dari hati ibu. Andai ibu dan Mia berjauhan kelak, selagi jantung ibu berdetik, selagi itu Mia di hati ibu. Mia anak ibu selamanya….” Dia mencapai tangan si kecil dan diletakkan dipermukaan jantungnya untuk merasa setiap detik degupan jantungnya.

“ Mia pun sayang ibu, sangat sayang ibu sampai bila-bila. Mia nak bersama dengan ibu selamanya. Tolong jangan serahkan Mia pada Aunty Dhia. ” Dammia merayu dalam tangisan.

Ibu pun tidak sanggup berpisah dengan Mia….. rintihnya dalam hati.

***************************************

Sebaik memarkir kereta di halaman rumah, Iskandar meluruh masuk ke dalam mencari kelibat Datin Kirana. Hatinya retak seribu memikirkan perbuatan ibunya menyebabkan Nadhia begitu terseksa dan Dammia pula membesar tanpa mengenali dirinya. Selama ini Dammia terpaksa mengharungi kehidupan yang susah. Malah dia pula dilimpah dengan kesenangan. Hampir tujuh tahun dia kehilangan Dammia. Dan ini semua kerana Mummy! Dia tidak boleh berdiam diri lagi.

Iskandar mencampak sepucuk surat di hadapan Datin Kirana. Sedikit tersentak wanita itu. Dipandangnya wajah Iskandar yang kelat. Kemudian tangan mencapai surat tadi dan dibaca.

“ Apa penjelasan Mummy kepada semua ni? Kenapa Mummy sanggup buat semua ini?”

“ Penjelasan apa?” I do all of this for you shake, I’m just protecting you.” Tiada riak penyesalan terukir pun di wajah Datin Kirana saat ini. Dia masih berasa dirinya betul.

“ Mummy!” Nada Iskandar tinggi. Dia rasa kesal terhadap ibunya sendiri. Kenapa Mummy sangat mementingkan darjat dan kekayaan? Masih tidak cukupkah dengan apa yang mereka miliki itu.

Datuk Hisham yang sedang memberi makanan kepada ikan kesayangan di luar terkejut mendengar suara pekikan satu-satunya waris yang dia ada. Kenapa dengan Iskandar? Cepat dia melangkah ke arah ruang tamu.

“ Mummy! Mummy tahu tak kerana perbuatan Mummy ini telah menyebabkan ramai orang menderita. Termasuk ANAK Is! CUCU Mummy sendiri!” perkataan anak dan cucu sengaja ditekankan oleh Iskandar.

Datuk Hisham tersentak mendengar ayat yang baru di keluarkan oleh Iskandar.

“ What? Apa maksud Is? Anak?” Cepat Datuk Hisham menyoal.

“ Ya! Anak Is! Darah daging daddy dan mummy. Semasa Nadhia datang jumpa Mummy dia sedang mengandungkan anak Is. Dan Mummy menghalau dia tanpa belas kasihan.”

Datuk Hisham terpempan seketika. Ya Allah, kenapa dia tidak pernah tahu akan perbuatan isterinya itu.

Phanggg!! Satu tamparan mendarat di pipi Iskandar.

“ No! And don’t you ever think to bring that child into this house! Mummy tidak akan sesekali mengaku anak pengemis itu cucu Mummy! Mummy jijik!”

“ Kirana!!” Datuk Hisham mencelah, kecewa dengan perangai isterinya. Dia tidak boleh berdiam diri membiarkan isterinya dari terus bersalah. “ How could you be that selfish?” Marah Datuk Hisham. Datin Kirana tercengang suaminya tidak pernah meninggikan suara sebegini selama mereka bersama. Inilah pertama kalinya.

“ Tergamak Kirana buat semua itu di belakang abang? Apa lagi perkara jahat yang Kirana sembunyi dari abang? Mana Kirana isteri abang yang penyanyang dan murah hati itu? Mana pergi Kirana yang abang kenal dulu yang membuat abang jatuh hati dengan kemurahan hatinya? Kenapa Kirana menjadi buta semata-mata status dan duit di dunia ni sahaja? Ingat Kirana, Allah hanya menumpangkan segala yang kita ada. Dia boleh menarik balik semua ini bila-bila masa. Abang kecewa Kirana, kecewa dengan isteri abang….Abang nak Kirana selesaikan kekusutan yang Kirana buat. Jangan sampai Kirana menyesal nanti! ” Tegas Datuk Hisham bersuara. Sebelum menarik Iskandar untuk beredar dari situ. Hatinya sempat berdoa agar Allah membuka hati isterinya sekali lagi.

Datin Kirana terpanah dengan kata-kata suami sendiri. Dia terduduk longlai atas sofa melihat kelibat suami dan anak meninggal dia keseorangan.

***************************************

“ Ibu tolong jangan serahkan Mia kepada aunty, Mia tak nak tinggalkan ibu. Mia janji akan jadi budak baik.” Mia memeluk erat pinggang Aleesyah tidak mahu melepaskan pautan tangan kecilnya.

“ Mia, ibu janji akan melawat Mia nanti, ibu janji sayang.” Aleesyah memujuk sambil manahan perasaan hatinya yang sedang bergelora.

Nadhia yang sedang berdiri di sebelah pintu teksi juga sedih melihat anaknya merayu-rayu untuk tidak mengikutinya. Nadhia tahan hati, cuba menarik Dammia untuk masuk ke dalam perut teksi.

“Tidak ! Mia tak nak ikut! Mia tak nak! Ibu…” Dammia merengek menangis sambil menolak tangan Nadhia dari menyentuhnya. Hati Nadhia sakit bagai dipulas.

“ Mia…” perlahan suara Aleesyah. “ Mia budak baik kan, Mia ikut Mama, Australia tu cantik tau, banyak mainan lepas tu rumah Mia besar dan selesa.” Aleesyah cuba memujuk Dammmia sambil menahan lara dihati.

“ Tak nak! Mia tak nak! Mia nak ibu sahaja!”

“ Aunty, tolong jangan pisahkan Mia dengan ibu, Mia tak nak ikut aunty.” Berjuntai-juntai air mata gugur di wajah mulus anak kecil itu. Retak seribu hati Nadhia. Dia turut serta mengeluarkan air mata.

Nadhia mendonggak “ Mia tak sayang mama?”

Dammia menggeleng “ Mia sayang ibu” Remuk hati Nadhia, hatinya bagai disiat-siat. Sakit.

“ Mama sayang Mia tahu, sangat sayang” Nadhia mendekatkan kepalanya dengan kepala Dammia.

“ Mia sayang ibu..” Dammia masih menangis, begitu juga dengan Aleesyah yang berdiri mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari bibir Dammia.

Tiba-tiba sebuah kereta mewah Mercedes berwarna hitam metallic memasuki perkarangan rumah Aleesyah. Seketika kelihatan Iskandar menapak keluar dari kereta tersebut dan membuka pintu di bahagian penumpang. Datin Kirana. Berkerut dahi Nadhia dan Aleesyah.

“ Papa!!” Dammia berlari kearah Iskandar. Iskandar serta merta memeluk anaknya. “ Papa, Dammia tak nak ikut aunty, Dammia nak tinggal dengan ibu” Dammia cuba meminta bantuan dari Iskandar.

“ Shhh… Mia tak akan ke mana-mana. Papa janji” Iskandar menyeka air mata Dammia.

Datin Kirana tersentuh, rasa kesal atas perbuatan sendiri. Perbuatannya itu telah menyebabkan ramai yang menderita. Termasuk anak kecil yang tak berdosa itu. Ya Allah, maafkanlah segala dosa aku Ya Allah, berikan lah aku peluang untuk memperbetulkan semua kesalahan aku Ya Allah. Datin Kirana berdoa dalam hati. Air mata diseka kemudian menghampiri Nadhia.

“ Dhia, maafkan Mak Cik nak” Dengan spotan Datin Kirana melutut di hadapan Nadhia. Hati Nadhia yang membara pada mulanya, menjadi lembut tidak sanggup melihat orang tua dihadapannya itu melutut. Begitu juga dengan Iskandar dan Aleesyah yang terkejut dengan tindakan Datin Kirana. Sebak hati Iskandar melihat ibu sendiri sanggup berlutut meminta maaf. Tumpas jua air mata lelakinya.

“ Mak Cik…” Nadhia cuba membangunkan Datin Kirana, namun diprotes Datin Kirana sendiri.

“ Mak Cik bersalah, Mak Cik terlalu pentingkan diri, pentingkan pandangan kawan-kawan Mak Cik. Takut mereka mengetawakan Mak Cik bermenantukan orang miskin. Pemikiran Mak Cik terlalu daif sehingga menyebabkan kamu semua menderita atas perbuatan Mak Cik sendiri.” Datin Kirana sudah melupai darjatnya sebagai Datin. Yang dia mahu hanya untuk mendapatkan kemaafan dari orang-orang yang telah dia sakiti. Sekiranya dia perlu berlutut seharian untuk mendapatkan kemaafan pun dia sanggup.

“Dhia, surat tu Mak Cik sengaja buat agar kamu patah hati dengan Is, kerana Mak Cik takut kamu ada niat memperbodohkan Is, kamu cuma mau mendapatkan kesenangan dari anak Mak Cik….”

“ Cukup.” Datin Kirana terdiam. Nadhia turut melutut seraya dengan Datin Kirana. Melihat kesungguhan Datin Kirana memohon maaf. Nadhia tidak sanggup terus berdendam dengan wanita tua itu. Biarlah ini suratan takdir yang tertulis buat dirinya dia redha.

“Dhia pun turut bersalah dalam hal ni. Kalau Nadhia tidak telalu mengikut hati semua tu tidak akan terjadi. Sekarang Dhia pun seorang ibu, Nadhia mulai faham kenapa Mak Cik berbuat begitu, Mak Cik cuma mahu melindungi anak Mak Cik dan setiap ibu hanya mahukan yang terbaik buat anaknya. Maafkan Nadhia Mak Cik…”

Datin Kirana memeluk Nadhia dan mencium ubun-ubun wanita itu. Terasa sedikit lapang dadanya kini. Kemudian Datin Kirana berpaling pula ke arah Aleesyah yang sedang terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak di dada. Datin Kirana menghulurkan tangan kanannya ke arah Aleesyah memanggil Aleesyah untuk mendampingi dirinya. “ Mak Cik pun bersalah terhadap kamu, Mak Cik banyak menghina kamu dengan kata-kata kesat padahal kamu telah banyak berjasa pada keluarga Mak Cik. Maafkan Mak Cik..”

“ Syah sudah lama maafkan Mak Cik” Dada Datin Kirana terasa sangat ringan mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh Aleesyah. Berasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuka mata dan hatinya kembali. Datin Kirana nekad untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa selepas ini, menunaikan kembali tanggungjawab yang terabai. Datin Kirana mengukir senyuman lega dan mendakap kedua-dua wanita disisinya. Iskandar yang melihat semua itu bersyukur kerana semua kekusutan akhirnya selesai jua.

***************************************

Di balai pelepasan KLIA…

“ Jaga diri baik-baik. Kalau Rayyan buli kau bagitau aku. Biar aku ajar dia cukup-cukup” Nadhia melepaskan pelukannya dengan Aleesyah. Aleesyah tersenyum malu.

“ Dhia tak payah risau, nanti Mummy sendiri yang ajar Is kalau dia berani buli menantu Mummy.” Celah Datin Kirana. Setelah mereka berbaik tempoh hari. Dia menjadi mak angkat kepada Nadhia dan Aleesyah. Tulus hatinya menerima Nadhia dan Aleesyah. Keluarga mereka bertambah ceria dengan kehadiran dua wanita itu. Bertambah merah pipi Aleesyah. Nadhia yang berdiri di hadapan Aleesyah tersengih melihat perubahan di wajah Aleesyah.

“ Dhia, nanti kalau senang baliklah bawa suami sekali. Mummy dan Daddy nak lah juga berkenalan dengan menantu kami kat Australia tu, kan daddy” Usik Datin Kirana. Sekarang giliran pipi Nadhia yang kemerahan. Aleesyah yang tersengih.

“ Betul tu, daddy nak tengok kacak sangat ke Cristopher tu? Lebih kacak dari daddy ke.” Datuk Hisyam turut serta dalam usikan isterinya.

“ Hah! Kalau Daddy dan Mummy nak tengok sangat suami Dhia yang kacak tu, apakata Daddy dan Mummy datang ke sana. Tak lah Dhia bosan keseorang sana nanti.”

“ Mummy suka dengan cadangan Dhia tu, nanti dapatlah Mummy cuci mata dengan lelaki-lelaki mat salleh kat sana kan.” Datin Kirana berjenaka.

“ Amboi-amboi.. Mummy kamu ni dah tua makin mengadah-ngadah. Ada hati dengan mat salleh pulak. Ni Daddy yang kacak ni tak cukup lagi ke?”

Terburai tawa mereka berempat di sana. Lucu melihat telatah suami isteri itu. Tak habis-habis mengusik orang.

“ Apa yang lucu sangat ni” Iskandar muncul bersama Dammia dalam dukungannya. Aleesyah menggeleng. Bahagia Iskandar melihat keluarganya yang semakin rapat dan ceria hari demi hari..

Nadhia mendekati Iskandar dan mengambil Dammia dari dukungannya. Dia ingin mencium Dammia sepuas-puasnya sebelum bertolak semula ke Australia. “ I love you baby, so much..”

“ I love you mama” berdetik hati Nadhia mendengar Dammia memanggilnya ‘Mama’ buat kali pertama. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang tumpah, tidak mahu merosakkan suasana gembira disana. Dia hanya akan bekalkan kenangan gembira ke Australia dan bukan kesedihan. “ Thank you.” Sekali lagi dia mencium pipi gebu Dammia. “ Bye..”

Sebelum beredar ke balai pelepasan, Nadhia menyelami semua ahli keluarga angkatnya dan memeluk erat sekali lagi kawan baiknya Aleesyah.

“ Bye everyone, gonna miss you all. Rayyan, look after them okey.” Pesannya lagi

Iskandar menggangguk dengan senyuman nipis di bibir.

Perlahan-lahan Nadhia menapak pergi dari pandangan mereka semua….. Kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini sentiasa akan dilanda dengan pelbagai dugaan dalam hidup. Semakin berat dugaan itu, kita akan semakin dekat denganNya. Allah tidak akan berikan kita cubaan sekiranya kita tidak mampu mengatasinya. Kita harus tabah dan percaya akan kuasaNya…. THE END.

P/s : Terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa untuk membaca. Jika ada yang tersilap kata saya minta maaf banyak-banyak. Saya masih baru dalam bidang ini, dan berharap sangat pandangan dan kritikan dari kawan-kawan yang membaca untuk saya perbaiki karya saya di masa hadapan. Alhamdulilah…

Sebelum ni, antara karya yang saya pernah hantar ialah Cinta Ubat Gigi Darlia dan My Love Chimpanzee dengan menggunakan nama pena Dreamy Queen hehehe…. Panjang pulak saya berceloteh.. Okey, thanks agains everyone and always happy…… (^_^)v

Comments

Ema said…
Serius. .best dan Menarik! Kippidap

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.

GILA ISIM ITU BAHAYA.