GILA ISIM ITU BAHAYA.

Gila Isim hanya berlaku kepada seseorang yang mengamalkan sesuatu isim atau bacaan-bacaan tertentu yang menyimpang dari ajaran Islam.Bila mana amalan tersebut tersalah digunakan atau tidak diamalkan dalam tempoh masa yang tertentu , akan mengakibatkan seseorang itu mengalami gangguan atau sakit yang kadang-kadang boleh membawa kepada gila , sewel , sasau dan sebagainya.

Sebenarnya tidak terdapat pun amalan zikir yang bila dibaca akan menyebabkan seseorang itu akan merasai kepanasan , kecuali jika individu tersebut ada mengamalkan suatu amalan yang bercanggah dengan Islam. Seperti : Seseorang yang mengamalkan mantera2 sihir yang berlandaskan ilmu hitam untuk tujuan tertentu seperti kebal , pengasih , penggerun , penarik duit dan sebagainya. Ini kerana , mereka yang mengamalkan ilmu hitam , tidak dibolehkan untuk membaca apa sahaja ayat atau zikir yang menyebut nama Allah swt.

Sesungguhnya tidak ada istilah Gila Isim dalam ajaran Islam.Seseorang Muslim bebas untuk mengamalkan sesuatu zikir dan bacaan yang thabit asalnya dari Rasulullah saw atau yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim tanpa sebarang keraguan dan pantang larang.

Gila isim ni boleh terjadi kerana seseorang itu menuntut ilmu yang salah dengan menggunakan zikir2 Allah SWT untuk tujuan tertentu. Islam menyuruh umatnya agar sentiasa mengingati Allah dalam keadaan apa keadaan sekalipun. Ketika berdiri, duduk dan sebagainya. Di antara tanda-tanda kebahagiaan ialah apabila seseorang itu berupaya mengingati Allah ketika dalam keadaan senang, juga dalam keadaan susah. Kerana itulah zikir itu dianggap penting dalam usaha mengingati Allah s.w.t .

Atas keyakinan dan ajaran seumpama inilah maka masyarakat Melayu pada umumnya menganggap bahawa sesuatu amalan yang terangkum dalamnya zikir sama ada yang terdiri daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan sebagainya adalah amalan yang baik. Keyakinan seumpama ini dipergunakan atau diperalatkan oleh iblis dan syaitan yang jelas tidak dapat dilihat mata, ataupun oleh manusia yang bersifat jahat seperti iblis dan syaitan untuk menipu manusia, iaitu dengan cara menggunakan kalimah-kalimah yang mengandungi nama-nama Allah, nama-nama rasul atau nabi, nama-nama malaikat, ataupun nama-nama pahlawan Islam terbilang dalam usaha atau amalan yang menyesatkan.

Pada hakikatnya, zikir-zikir yang tersebut dalam amalan kebatinan termasuk ilmu isim seperti yang saudara pelajari tidak membuktikan atau memastikan bahawa amalan yang dilakukan itu benar tidak menyalahi ajaran Islam. Hal seumpama inilah ada kalanya melahirkan kekeliruan mereka yang mengamalkan, juga mereka yang cuba membanteras amalan ajaran sesat.

Dalam masa yang sama, tidak semua mereka yang menurunkan atau memberi ijazah amalan kebatinan tersebut, yang terdiri daripada guru-guru itu sendiri menyedari bahawa amalan yang diperturunkan itu melibatkan makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada jin-jin.

Terdapat pelbagai nama yang diberi, kaedah-kaedah pembelajaran yang dilalui yang melibatkan ilmu kebatinan, tetapi hakikat amalannya adalah sama.

Seorang pemuda yang saya temui telah menerima ijazah ilmu kebatinan mempertahankan diri daripada sepupunya yang berasal dari tanah seberang.

Setelah diijazahkan, dia diminta membaca syahadah seberapa banyak mungkin. Tidak lama selepas itu, iaitu dalam masa lebih kurang empat atau lima minit, ia merasakan tangannya bergerak ke hadapan dengan sendiri. Rasa denyutan berlaku di hujung-hujung jari, lalu ia dengan sendirinya mendepa ke kanan dan mengangkatnya ke atas. Begitu juga yang dialaminya pada kakinya, menyebabkannya menjadi kaku menegak.

Ketika mula beramal, gurunya berpesan agar menurut apa yang berlaku pada dirinya. Dia hendaklah membisikkannya dalam hati agar menurut sahaja apa yang terjadi, jangan gunakan akal. Ketika menghadapi masalah ataupun didatangi oleh seseorang yang sakit, jari-jari tangan kanannya akan tergenggam sendiri.

Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur yang mempelajari satu jenis silat ketika di kampung telah disuruh membaca al-Fatihah dan selawat oleh gurunya. Setelah belakangnya ditepuk, yang disertakan dengan bacaan-bacaan yang tidak kedengaran jelas olehnya, ia merasakan kaki dan tangannya bergerak dengan sendiri, seolah-olah ada satu tenaga luar masuk bergerak perlahan mengalir dalam anggota menyebabkan berlakunya demikian.

Pesan daripada gurunya ialah supaya membiarkan segala pergerakan yang berlaku dalam tubuh, jangan ditahan.

Masalah yang dihadapi oleh pelajar ini setelah mempelajari ilmu tadi ialah berlakunya pergerakan yang terus-menerus terjadi pada tangannya biarpun ketika sedang tidur. Ia merasakan seolah-olah bangun dan bersilat tanpa berhenti. Ketika membuka mata, ia mendapati badannya tidak bergerak, hanya perasaannya sahaja yang mengalami pergerakan tadi.

Tidak lama selepas itu ia mengalami mimpi-mimpi ngeri, mimpi dikejar oleh makhluk-makhluk yang menakutkan, menyebabkannya terasa gementar. Terasa seolah-olah nyawa sentiasa dalam bahaya. Di waktu siang ia terasa mengantuk dan terpaksa tidur antara tiga hingga empat jam tetapi badannya tetap letih.

Satu perkara yang paling membimbangkan ialah kesukaran hendak tidur malam. Kerana itu badannya sentiasa terasa letih, mengantuk dalam kuliah, menyebabkannya tertidur, dan tidak terjaga kecuali setelah habis kuliah. Ia juga sering menguap ketika bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang.

Pelajar ini merasa hairan bagaimana peristiwa buruk yang sama sekali tidak disangka boleh terjadi, pada hal zikir-zikir yang diamalkan dirasakan tidak bertentangan dengan ajaran Islam, yang terdiri daripada syahadah, subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar.

Punca penyakit ataupun masalah yang dihadapi olehnya sukar dipastikan. Tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang ia mengalami gangguan fizikal, kerana doktor-doktor pakar mengesahkan yang dia tidak menghadapi apa-apa masalah. Mereka yang terlibat dengan rawatan tradisional memberi pendapat yang berlainan, ada yang menyatakan kerana gangguan saka, kena santau dan sebagainya.

Seorang pemuda yang tinggal di Keramat mengakui mengamalkan satu jenis zikir tertentu. Semenjak mengamalkan ilmu yang telah diijazahkan itu, beliau mengalami kesukaran yang teruk untuk mendirikan sembahyang. Beliau bukan sahaja merasa sukar untuk melafazkan kalimah ``Allahu Akbar'' tetapi juga sukar untuk membaca al-Fatihah, juga lain-lain bacaan. Terasa seolah-olah ada sesuatu yang menekan hatinya manakala lidah terasa keras untuk melafazkannya.

Dalam hatinya sentiasa wujud bisikan-bisikan yang membimbangkan sama ada ketika sembahyang atau di luar sembahyang. Sejak berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut, beliau semakin jauh daripada masjid, kecuali untuk sembahyang Jumaat, tetapi ia tidak berdaya mendirikan sembahyang sunat. Ibadat-ibadat lain, seperti membaca al-Quran dan zikir terus ditinggalkan.

Pemuda ini menyatakan amalan yang pernah diamalkan terdiri daripada zikir-zikir dan amalan seperti istighfar, dua kalimah syahadah, selawat, al-Fatihah kepada Nabi s.a.w, ibu bapa, semua wali Allah, rijalul ghaib, syeikh-syeikh, guru-guru juga kaum muslimin dan muslimat.

Ketika beramal pelajar perlu bertafakur. Ingat dalam hati dan mengaku dosa yang dilakukan (ikrar), takut kepada Allah akan azab-Nya (khauf), mengharap rahmat-Nya di dunia dan akhirat (raja') dan mengetahui ilmu Allah terlalu luas (ilm). Banyak lagi bacaan yang perlu diamalkan. Akhir sekali baru memberi salam dengan memalingkan muka ke kanan dan ke kiri dan berdoa dengan apa-apa doa yang disukai, yang diakhiri dengan bacaan al-Fatihah sekali dan diakhiri dengan doa Fatihah sebagai penutup doa.

Comments

Unknown said…
Klu penyakit isim ni bolehkah diubati dgn berjumpa dgn pakar psikatrik...?
Unknown said…
assalamualaikum,
saya abdul rahman bin mohd yusof dari rawang, selangor. saya mengalami situasi seperti ini cuma penyebabnya mungkin agak berbeza(tak begitu pasti) saya mengalaminya sejak 2015 sehingga sekarang. Tdk ada sebarang kelebihan ataupun kesakitan yg saya dapat rasa pd diri saya selain sakit kepala yg agak kerap, leher terasa seperti ada yg pegang dan hujung lidah terasa berbuih. sehinggalah dalam 4 bulan terakhir ini, saya merasa dada sebelah kiri terasa panas dan pedih.sehingga kini masih belum terjumpa cara penyelesaian atau sesiapa yg dapat membantu.Jika tuan admin ada sebarang cara atau nasihat, tuan boleh email saya di: army6910@gmail.com atau call/whatsapp: +60107955477. Saya memerlukan bantuan. Terima kasih.
Unknown said…
sedikit pembetulan
saya mengalaminya sejak tahun 2005, bukan 2015, terima kasih
Anonymous said…
Semoga iqram dinzly kembali ke pangkal jalan .
Anonymous said…
Adakah ilmu persilatan yg menggunakan ayat al quran bercanggah dgn ajaran islam. Saya sendiri diijazahkan ilmu persilatan melalui seorang guru dgn bacaan ayat al quran yang jelas dan tiada bacaan lain dan tiada pantang larang sejak thn 1995. Ketika di amalkan spt ada denyutan dan gerak hati menggerakkan anggota badan dalam sedar. Tapi sekarang jarang di amalkan kerana apabila di amalkan spt ada situasi berlaku yang cuba mencabar saya cth spt ada org lain cuba mencabar utk bergaduh. Jadi saya lebih suka tidak melayan semua itu dan lebih suka berdiam diri. Tapi apa yang dpt saya rasakan adalah saya mempunyai gerak hati yg tajam.

Persoalannya adakah ilmu spt ini bertentangan dengan ajaran islam? Sbb ilmu yang kita amalkan hanya memohon pada Allah.
Unknown said…
Isim adalah sesuatu yang mengalir dalam jasad kita untuk menggerakkan firasat hatidan akal fikiran bagi mereka yang beriman dan beramal. Contoh diri saya ada gerakan jari, gerakan jari2 kaki walhal ia bukan dalam kawalan sendiri.Saya percaya yang jasad kita adalah tanah dan yang menggerakkan jiwa ini adalah Allah SWT kerana kita ini hambaNya .seharusnya kita harus bersangka baik kerana pastinya Allah menguji setiap hambaNya mengikut kesesuaian fitrah dan seharusnya kita lebih yakin akan kewujudan Yang Maha Berkuasa di Alam Semesta. Apabila sesuatu yang dihidupkan tanpa kita minta jika disalah anggap maka kita tergelincir dalam kesesatan yang menyebabkan kita mudah tergoda dengan Iblis. Itu adalah satu kebaikan bagi yang mendapat petunjuk dan satu balasan pada mereka yang beramal untuk tujuan kezaliman.Sebab tu Islam kena beriman pada yang Ghaib kerana ia wujud dan tidak dinafikan cuma jangan melampaui batas.
Hasniangsana said…
Cara mengubat mudah je amalkan baca surah yaasub...
Anonymous said…
Salam...dulu saya belajar silat dengan guru utama di Pahang. Lama saya menuntut dengan dia dari umur 15 tahun hingga umur 19 tahun. Dia telah mengajarkan satu ayat dlm bahasa Arab yg saya x pasti samaada ayat al quran atau tidak. Saya han silatya mengamalkan ayat tersebut beberapa kali. Menurut guru sila silat saya tersebut saya perlu membaca ayat yg diajarnya slpas solat subuh di halaman rumah ketika waktu pagi dan menghirup udara pagi tersebut. Kesannya, saya menjadi lebih berani dlm melakukan aksi silat saya dan tiba2 menjadi bersemangat setiap kali mendengar gendang silat. Hinggakan saya dipilih menjadi antara pesilat elit oleh guru utama saya tersebut. Tetapi slpas beberapa tahun saya dapati ada kesan-kesan buruknya mengamalkan ayat tersebut.

Popular posts from this blog

Meminang, dan Pantun... adat melayu kita~

Lagu Lama penuh pesanan.