Posts

Showing posts from May, 2013

awak....

awak... awak tahu tak saat ini saya rindu lagi kt awak.. entah kenapa saya jadi semakin sebak sejak saya dapat tahu penderitaan awak.. ya.. saya mengaku saya dayus kerana tak dapat beri awak semangat disaat awak didalam kesusahan, saya takut awak terus menderita jika saya datang.. saya selalu berdoa kebahagiaan awak... walau saya sendiri tak bahagia selepas pemergian awak.. saya kurung diri saya.. saya pendam kedukaan saya.. saya senyum disebalik gembira, hakikatnya setiap hari saya rindu kat awak... ya saya mengaku kelemahan jiwa saya yang tak mampu menolak semuanya... saya sentiasa ingin kebahagiaan bersama awak... saya sedar kesilapan saya... awak... tiada tempat saya nak luahkan kata-kata... saya tak mampu nak berbicara dengan sesiapa... saya hanya dapat persembahkan segala isi saya melalui tangisan dan penulisan... maaf jika saya hipokrit.. saya senyum walau hakikat saya terluka... sentuhan awak sentiasa terasa di tangan saya,... emmm... entah la.... hanya irama yang meneman saya.

ku kurung menjadi sepi sendiri.

aku tak rasa keindahan yang aku miliki ini akan selalu hadir, kerana selalu aku akan fikir, sampai bila akan ku kurung diriku, ku akui, memilikimu sebagai teman biasa hanyalah lakonan naifku, tak pernah pula aku mimpikan semua ini akan jadi begini, selalu aku impikan hidup bersamamu, walau ku tahu semuanya hancur disuatu ketika, ku akui, kita memang pernah bersama, segalanya putus kerana kelemahan ku sendiri, aku hanyut dalam dunia seniku, aku alpa dalam dunia kerjayaku, aku leka dalam alam percintaanku, benarlah kata orang, jika aku terlalu gembira suatu hari nanti aku akan berduka, ya, duka ku itu sudah melanda apa lagi, aku tak mampu lagi aku tak sanggup lagi, aku tak berani lagi... ya tuhan, aku memohon ampun kepadamu kerana aku tidak lagi sanggup menempuh dunia dugaanmu, jika tertulis hadirnya untuk menderitakan aku, aku terima, kerana akuntidak akan menyangkal segala takdirmu, walaupun kini separuh kehilangan itu mungkin sudah tertulis, tapi aku percaya hati seorang insan yang te

KERANA KU KENAL KAMU..

Image
Kerana ku kenal, Jiwamu kental tak takut apa, Sanjungan diterima membuatmu dihormati, Kaulah kawan kaulah ketua, Kau sahabat dari kecilku sentiasa menghiburku, Kerana ku kenal, Penghujung tahun sambutan untuk mu, Kematanganmu dalam bongsunya kita, Tidak pernah mengeluh membantu ibumu, Celotehmu selalu membuatku tertawa, Kerana ku kenal, Lemah bicaramu tak selemah fikirmu, Kau awasi zaman buku kita, Namu kau jua penyelamat, Kau seorang yang tabah, Sentiasa disenangi sentiasa dirindui, Kerana ku kenal, Dulu rendahmu menjadi mainanku, Tawa dalam hatiku mengingat kembali, Santapanku kau bawa lari, Sehingga kini itu yang paling ku ingati, Kerana ku kenal, Walau pedas selalu bahasamu, Sifat begitu memang dirimu, Hujung tahun jua sambutan untukmu, Bukan ku tak rindu, Cuma masih ku sakit dengan sesuatu, Kerana ku kenal, Kau dan gadis tiada pisahnya, Kumbang dan bunga memang sejiwa, Ku masih ingat ketika kapur memb

Di ketika ini.

Image
Di ketika ini aku kembali menguntum senyum, aku kembali membuka pintu, aku kembali menjadi sang perindu, aku kembali menjadi diriku, Di ketika ini, bulan tidak lagi berbicara sendiri, pungguk tidak lagi menjadi misteri, bicaraku, tidak lagi menjadi bisu, hanya kesabaran yang menguji jiwaku, Di ketika ini, segala penantian sudah terjawab, segala rahsia sudah terlerai, aku izinkan kau kembali bertapak, untuk kita membina syurga,

kuisan catitan bahasa rindu

aku tak tahu apa yang aku rasa, aku tak tahu apa yang ada di dalam jiwa, sekali lagi diriku dipalu,kali ini paluan yang tepat singgah ke hati aku ni bagai sesuatu yang berada diluar jangkaan, aku cuba pukul diri aku untuk menyatakan ini mimpi, kerana mustahil jiwa parah aku yang pernah berparut kembali diubati, dah lama aku kurung diri aku ni, dah lama aku simpan perkataan sayang, tapi aku jadi bisu bila terdengar suaramu, entah... aku sendiri tak mengerti, adakah aku sedang tersenyum, adakah aku sedang menangis, adakah aku sedang ketawa? mungkin aku masih lagi bermimpi, simpanan kata-kata sajak penyair bebas sepertiku mungkin tidak bisa melawan isi rahsia hatimu insan, namu aku sendiri berjanji akan terus begini andai tiada insan sepertimu hadir disisi, namun keredhaan ini mungkin membolehkan aku untuk mengucapkan kata rindu, aku sedar setiap mimpiku aku lihat kamu, aku sedar setiap anganku untuk bersama kamu, aku sedar rintihku menatap semua potretmu, tapi kesedaran aku itu tiada pen